Nasab al-Habib Umar bin Abdul Rahman al-Attas
Nama beliau adalah Umar bin Abdurrahman bin Agil bin Salim bin Ubaidullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Syeikh al Ghauts Abdurrahman as-Seggaf bin Muhammad Maulah Dawilah bin Ali bin Alawi al Ghoyur bin Sayyidina al Faqih al Muqaddam Muhammad bin Ali bin Imam Muhammad Shahib Mirbath bin Ali bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidullah bin Imam al Muhajir Ahmad bin Isa bin Muhammad an Naqib binl Imam Ali al Uraidhi bin Jaafar as Shadiq binl Imam Muhammad al Baqir binl Imam Ali Zainal Abidin binl Imam Hussein as Sibith binl Imam Ali bin Abi Thalib dan binl Batul Fatimah az-Zahra binti Rasullullah S.A.W.
Asal dinamakan Al Attas
Kata al-Faqih Abdullah bin Umar Ba’ubad:
“Beliau dinamakan al-Attas yang bermaksud bersin, kerana beliau pernah
bersin ketika masih berada di dalam perut ibunya”. Kata al- Habib Ali
bin Hassan al-Attas: “Sebenarnya apa yang diucapkan oleh Syeikh al-Faqih
Abdullah bin Umar Ba’ubad adalah benar, hanya saja menurut khabar yang
paling benar dikatakan bahawa pertama kali bersin ketika masih berada di
perut ibunya adalah Habib Aqil yang terkenal hanya Habib Umar bin
Abdurrahman al-Attas, sehingga berita itu hanya dikenal pada diri beliau
dan anak beliau dan anak cucu Aqil dan Abdullah, saudara beliau.
Sedangkan anak cucu Sayyidina Aqil bin Salim yang lain dikenal dengan
nama keluarga Aqil bin Salim”.
Berkata al-Habib Ali bin Hassan: “Tidak henti-hentinya didengar dari
mereka suara bersin di perut-perut sebahagian ibu waktu demi waktu,
sebagaimana yang diberitahukan oleh isteriku, seorang wanita solehah.
Syeikha binti Sahal bin Abi Bakar bin Syaiban bin Ahmad bin Ishaq,
katanya: “Pada suatu hari sewaktu aku duduk bersama Sharifah Fatimah bin
Habib Muhammad Basurah Ba’alawi, waktu itu aku sedang mengandung
puteramu yang bernama al Hasan yang pertama, aku terdengar ia bersin
ketika ia masih di dalam perutku, aku dan Sharifah Fatimah mendengar
suara bersin itu dengan jelas, dan ia dilahirkan pada waktu 1147 H,
tetapi ia wafat waktu masih kecil”.
Al Habib Ali bin Hussain al-Attas menyebutkan di dalam kitabnya Ta’jul
A’raas juz pertama halaman 40. bahawa di Mekah pernah didengar suara
bersin ddari anak yang masih di dalam perut ibunya, tentunya kejadian
itu termasuk kejadian karamah yang diakui oleh kalangan Ahlu Sunnah,
sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab-kitab Tauhid dan Aqoid mereka
beserta dalil-dalilnya yang terkenal yang bersumber dari al-Quran dan
as-Sunnah.
Imam Nawawi pernah menyebutkan di dalam kitabnya Riyaadhus Shalihin di
dalam bab al-Karamat. Disebutkan dalam kitab itu sebuah hadith yang
memberitakan kisah seorang rahib yaang bernama Juraij, yang kerananya
Allah menakdirkan seorang bayi bercakap-cakap untuk memberikan kesaksian
tentang diri Juraij, tentunya bersin ketika seorang bayi masih di dalam
kandungan ibunya tidak berbeza jauh dengan seorang bayi yang bisa
bercakap-cakap setelah ia lahir, kejadian-kejadian semacam ini tidak
sulit bagi Allah sebab Allah Maha Kuasa untuk mentakdirkan apa saja yang
Dia kehendaki.
Tempat Kelahiran
Beliau dilahirkan di desa Lisk dekat dengan desa Ainat, di bahagian
bawah negeri Hadhramaut, di akhir abad ke-10, tepatnya pada tahun 229H.
Sejak kecilnya beliau diasuh dan dididik oleh ayah beliau sendiri,
al-Habib Abdul Rahman bin Aqil. Meskipun mata beliau buta sejak kecil,
tetapi Allah memberinya kecerdasan otak dan pandangan hati ( Bashirah ),
sehingga beliau mudah menghafal apa saja yang pernah didengarnya.
Ayah beliau, al-Habib Abdul Rahman bin Aqil pernah berkata pada Syeikh
Abdurrahman bin Aqil al-Junied Bawazir yang dikenal dengan panggilan
al-Mu’allim: “Hendaknya anda lebih banyak memberikan perhatian kepada
Umar, kerana kedua matanya tidak dapat melihat”. Jawab Syeikh
Abdurrahman: “Meskipun kedua mata Umar tidak dapat melihat, tetapi
pandangan Bashirahnya dapat melihat, disebabkan hatinya bersinar”.
Sejak kecil beliau anak yang tekun beribadah, hidup zuhud berpaling dari
dunia dan sejak kecil sudah terlihat tanda-tanda kebesaran pada diri
beliau. Sejak kecil, beliau sering ke kota Tarim dari dusunnya Lisk dan
melakukan sholat dua rakaat di setiap masjid yang ada di kota Tarim,
bahkan kadang menimba air dari sumur untuk mengisi kolam-kolam masjid.
Di masa kecilnya, beliau senantiasa dibimbing oleh ayah beliau dan
guru-guru beliau, misalnya al-Habib Hussien, al-Habib Hamid, al-Habib
Muhdhor, putra-putra Saiyidina Syeikh Abu Bakar bin Salim yang sering
dikunjungi oleh ayah beliau, iaitu al-Habib Abdul Rahman bin Aqil.
Ayah Beliau
Al-Habib Abdul Rahman bin Aqil adalah seorang Arif Billah, seorang ulama
yang taat menjalani hukum-hukum Allah, beliau tokoh para wali
terkemuka, beliau pernah menerima ilmu dan wilayah dari pamannya, iaitu
Syeikh abu Bakar bin Salim, pamannya yang satu ini amat cinta kepada
Sayyid Abdul Rahman dan kepada ayah beliau iaitu al-Habib Aqil. Al-Habib
Aqil adalah saudara sekandung dengan Syeikh abu Bakar bin Salim, yang
mana Syeikh Abu Bakar bin Salim ada menyebut tentang saudaranya yang
satu ini:
“Apa yang ada di Wali Masyhur ( iaitu dirinya ), tidak lain hanyalah berkat Wali Mastur ( iaitu saudaranyaa yang bernama Aqil )”
Al-Habib Abdul Rahman bin Aqil adalah seorang yang mulia, suci dan hati
yang bersih, beliau sering mengunjungi Wadi Amed dan Wadi Kaser,
penduduk kawasan-kawasan itu senantiasa menghormatinya, mengagungkannya
dan memohon barakah beliau. Beliau mempunyai pelbagai karomah, di
antaranya adalah pada suatu hari beliau berkunjung di suatu desa yang
ada di Wadi Amed. Ketika itu hujan turun lebat sehingga beliau berkata
kepada untanya: “Pergilah engkau dan carilah sebuah tempat berteduh dan
akupun akan berbuat yang sama dan besok kita bertemu di desa Qaran bin
Adwan”. Keesokan harinya ketika beliau tiba di desa Qaran, maka beliiau
tidak mendapati untanya, sehingga beliau bertanya kepada pembantunya:
“Ke manakah perginya unta?” Tetapi sang pembantu tidak dapat
menemukannya. Pada keesokan paginya, unta itu datang lengkap dengan
barang-barangnya.
Ketika al-Habib Abdul Rahman wafat di kota Huraidhah, maka al-habib Umar
menyuruh pembantunya untuk membantu pencari tanah yang cocok untuk
dijadikan sebagai kuburan ayahnya, akhirnya sang pembantu mendapatkan
sebidang tanah yang ditandai dengan sebuah tiang dari cahaya, akhirnya
al-Habib Abdul Rahman dimakamkan di temppat tersebut. Biasanya jika
al-Habib Umar berziaraah ke makam ayahnya, maka beliau bercakap-cakap
dengan ayah beliau dari balik kubur.
Al-Habib Abdul Rahman bin Aqil bernikah dengan dua orang wanita, iaitu
Syarifah Muznah binti Muhammad bin Ahmad bin Alawi al-Jufri. Syarifah
ini adalah bondaa bagi al-Habib Umar dan saudara-saudara sekandungnya,
iaitu al-Habib Abdullah dan al-Hababah Alawiyah. Selanjutnya beliau
bernikah dengan seorang wanita ddarri Yemen dari keluarga al-Bathouq
salah satu dari kabilah Bani Ahmad iaitu Arobiyah binti Yamani Bathouq.
Isteri beliau yang kedua ini melahirkan beberapa orang anak di antaranya
Aqil, Sholeh, Musyayakh dan Maryam.
Pada umumnya beliau berdomisili di Lisk, tetapi beliau sering berkunjung
ke Ainat, Tarim, Wadi Amed, al-Qaser dan Do’an. Akhirnya beliau
ditakdirkan ppindah di Huraidzah beberapa saat sebelum beliau wafat
iaitu bertepatan ketika al-Habib Umar telah mendapat petunjuk dari kedua
guru beliau iaitu al-Habib Hussein adn al-Habib Hamid putra Syeikh Abu
Bakar bin Salim untuk pindah ke Huraidzah. Di desa Huraidzah inilah
beliau wafat.
Ibu Beliau
Bonda beliau berrnama Syarifah Muznah binti Muhammad bin Alawi al-Jufri.
Bonda beliau termasuk seorang yang shalih. Dikisahkan bahawa putra
Syarifah Muznah meninggal dunia dalam usia kecil, ia bernama Ahmad.
Setelah beberapa hari dari saat kematiannya, maka ada seekor burung
kecil berwarna hijau yang sering datang mengunjungi Syarifah Muznah ini,
sampai beliau berkata. “Jika engkau adalah ruh putraku yang telah
wafat, amak ddatanglah ke tanganku”. Setelah Syarifah Muznah
menghulurkan tangannya, maka burung kecil itu hinggap ke tangannya dan
menciumnya, kemudian beliau melepaskannya kembali, sehingga burung itu
terbang dari tangan beliau.
Saudara Beliau
Beliau mempunyai empat orang saudara lelaki dan dua perempuan. Adapun
yang sekandung dengan beliau adalah Abdullah dan Alawiyah, sedangkan
Sholeh, Aqil, Musyayakh dan Maryam saudara dari ayah, ibu mereka seorang
wanita Yemen dari keluarga Bathouq dari kabilah Bani Ahmad.
Adapun saudaara beliau iaitu al-Habib Abdullah bin Abdul Rahman termasuk
seorang tokoh wali yang terkenal, ia pernah melakukan pelbagai latihan
riadah dan mujahadah. Dan pergi berdakwah ke gunung Al Yafi’ tempat Bani
Yafi’, setelah mendapat izin dari gurunya yang bernama al-Habib Hussein
bin Abu Bakar bin Salim dengan disertai oleh pembantunya yang bernama
Ali bin Ahmad Harharah Al Yafi’i.
Beliau menetap di desa Ma’zubah, sempat menikah di desa itu dan
mempunyai anak cucu. Makam beliau dan anak-anaknya di desa itu banyak
diziarahi orang dari berbagai tempat yaang jauh. Mereka diberi berbagai
karomah yang tidak sedikit jumlahnya, menurut al-Habib Ali bin Hassan
al-Attas, anak cucu beliau, ada seratus orang lebih yang sempat dihitung
di waktu Habib Ali masih hidup.
Saudara Habib Umar yang bernama al-Habib Aqil dikenal sebagai seorang
ulama yang selalu mengamalkan ilmunya. Al-Habib Aqil ini pernah berguru
dari Syeikh Muhammad biin Umar al-Afif di desa al-Hajrain, hingga banyak
orang yang menimba ilmu dari beliau setelah beliau kembali ke
Huraidzah. Setiap harinya al-Habib Umar menyempatkan diri untuk
menghadiri Majlis Ta’lim al-Habib Aqil setiap kali setelah beliau
kembali dari makam ayahnya.
Al-Habib Aqil wafat di kala Habib Umar masih hidup. Beliau meninggalkan
beberapa putra dan putri. Setelah ayahnya wafat, maka Habib Umar
mengasuh mereka dengan sebaik-baik asuhan. Setelah putra-putra Habib
Aqil dewasa, maka al-Habib Umar mengawinkan dengan putri-putri beliau.
Adapun Musyayakh termasuk seorang yang sholeh, beliau wafat di masa
hidup al-Habib Umar, beliau meninggalkan seorang putri. Adapun Sholeh,
ia mempunyai seorang putra bernama Hussein. Adapun saudaranya iaitu
Maryam, telah menikah dengan Habib Syeikh bin Abdillah al-Musawa, dan
mempunyai beberapa oraang putra.
Pindahnya al-Habib Umar ke kota Huraidhah
Al-Habib Hussein bin Abu Bakar bin Salim sering berkata: “Wahai keluarga
Ba’alwi Huraidzah?” Maka dikatakan kepada beliau bahawa tidak seorang
pun dari keluarga Ba’alwi yang ada di desa itu, maka ia berkata: “Kelak
di desa itu akan didatangi keluarga Ba’alwi, wajah-wajah mereka bagaikan
bulan, dan akan memberikan manfaat kepada orang banyak.”
Ketika al-Habib Umar mencapai usia akil baligh, maka guru beliau yang
bernama al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim menyuruh beliau
untuk berdakwah ke desa al-Huraidzah. Demikian pula guru beliau yang
bernama al-Habib Hamid bin Syeikh Abu Bakar juga menyuruh beliau untuk
segera berdakwah di desa al-Huraidzah. Maka dengan bekal perintah dari
kedua guru beliau, al-Habib Umar segera berdakwah ke Huraidzah.
Al-Habib Ali bin Hussain al-Attas menyebut di dalam kitab Taajul A’raas
juz 2 halaman 111 bahawa pada mulanya al-Habib Umar sering pulang pergi
ke Huraidzah. Akhirnya beliau menetap di sana pada tahun 1040 H.
Ketika al-Habib Umar tiba di Huraidzah untuk pertama kalinya, beliau
diminta oleh Syeikh Najjaad Adz Dzibyani untuk menetap di rumahnya, dia
sangat menghormati beliau dan mengatakan: “Ini rumah-rumahmu” Sehingga
Syeikh Najjaad mendapat barakah yang luar biasa dari beliau.
Di desa itu ada seorang wanita yang bernama Sholahah, ia bernazar untuk
memberikan hartanya dan bagian dari rumahnya kepada Habib Umar, kemudian
al-Habib Umar meminangnya sebagai imbalan atas kebajikannya itu.
Selanjutnya, sebelum al-Habib Umar menetap di desa al-Huraidzah, maka
beliau kembali ke desa Lisk lebih dahulu untuk mengajak ayahnya ddan
saudara-saudaranya untuk pindah ke Huraidzah. Pada mulanya ajakan
al-Habib Umar untuk pindah ke desa Huraidzah ditolak ayah beliau, tetapi
setelah keduanya minta pendapat dari al-Habib Hamid dan al-Habib
Hussein, maka kedua guru beliau menyuruh al-Habib Abdul Rahman untuk
mengikuti minat al-Habib Umar. Keduanya mengatakan: “Wahai Abdul Rahman,
pergilah bersama Umar, dan ikuti serta pegangi pendapatnya, sekalipun
kau adalah ayahnya dan diia anakmu”. Sehingga al-Habib Abdul Rahman
berkata kepada putranya: “Wahai Umar, kalau sekarang kami mau mengikuti
pendapatmu , maka lakukanlah apa saja yang terbaik bagi kami”.
Selanjutnya seluruh keluarga al-Habib Umar segera meninggalkan Lisk
menuju ke desa al-Huraidzah. Ketika rombongan itu tiba di desa Manwab,
maka al-Habib Umarr berkata: “Hendaknya kalian melanjutkan perjalanan
sampai ke Huraidzah, sebbab aku hendak singgah dulu di tempat isteriku
yang ada di desa ini”. Maka rombongan itu meneruskan perjalanannya ke
desa al-Huraidzah, sedangakan al-Habib Umar singgah dan menetap di desa
Manwab selama satu minggu.
Al-Habib Abdul Rahman, ayah al-Habib Umar mulai merasa sakit setibanya
beliau di desa Huraidzah, dan kerana sakit setibanya beliau, maka beliau
takut kalau ajalnya tiba, sedangkan Habib Umar tidak ada di sisi
beliau, kerana itu ketika al-Habib Umar tiba, maka beliau menegur
al-Habib Umar, tetapi al-Habib Umar mengajukan alasannya dan mohon maaf
sebesar-besarnya atas keterlambatannya itu, sehingga ayahnya mau
memaafkannya.
Dan sakitnya yang menyebabkan ajalnya tiba itu, al-Habib Abdul Rahman
merasa takut kalau al-Habib Umar tidak memperhatikan saudara-saudaranya
yang masih kecil dari ibu lain, sebab beliau tahu ibu tirinya al-Habib
Umar tidak sayang padanya sebagaimana umumnya kaum wanita. Di saat
ayahnya risaukan hal itu, maka al-Habib Umar yang mengetahuinya secara
Khasaf, maka beliau mendekati ayahnya dan beliau berkata: “Wahai ayahku,
tenanglah jangan engkau fikirkan tentang keluargamu, aku Insya-Allah
akan menyayangi saudara-saudaraku lebih dari menyayangi diriku sendiri”.
Maka hati al-Habib Abdul Rahman menjadi gembira dan beliau mendoakan
kebajikan baggi Habib Umar, apalagi di saat itu, beliau sedang
menyaksikan alam akhirat, tentu doa seorang ayah yang sholeh bagi
anaknya yang sholeh pula, akan sama dengan doa seorang Nabi buat
umatnya, apalagi al-Habib Abdul Rahman waktu itu sedang sakit,
Rasulullah pernah bersabda: “Jika kalian mengunjungi orang yang sedang
sakit, maka mintalah doa bagi kalian”. Al-Habib Umar memenuhi janjinya
kepada ayahnya dan beliau sangat memperhatikan kebutuhan
saudara-saudaranya, terutama dari segi pendidikan dan pemeliharaannya.
Wafatnya ayahanda al-Habib Umar
Beliau wafat setelah delapan hari tiba di desa al-Huraidzah. Al-Habib
Umar sibuk mempersiapkan perawatan jenazah ayah beliau, kemudian beliau
menyuruh pembantunya Mahmud an-Najar untuk memilih kubur bagi ayahnya.
Ketika Mahmud masuk di perkuburan al-Huraidzah, maka ia dapatkan ada
sebuah tanah yang disinari seberkas cahaya langit, maka di tempat itulah
al-Habib Abdul Rahman dikuburkan.
Al-Habib Umar rajin berziarah ke makam ayahnya, bahkan tidak seharipun
beliau pernah melupakannya. Pada suatu hari al-Habib Umar berkata:
“Ketika aku tidak berziarah ke makam ayahku selama beberapa hari, maka
aku lihat ayahku dalam mimpiku amat murka kepadaku kerana aku tidak
menziarahi beliau selama beberapa hari, aku lihat jasad beliau menjadi
besar, sehingga aku sulit untuk berjabat tangan dengan beliau
dikeranakan tingginya jasad beliau”.
Hubungan al-Habib Umar dengan Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif
Dulu sebelum al-Habib Umar tiba di desa al-Huraidzah, maka penduduknya
sangat berkeyakinan kepada kewalian para sesepuh al-Masyaikh dari
keluarga al-Afif. Pada suatu hari, penduduknya minta kepada Syeikh
Abdullah bin Ahmad al-Afif, seorang wali dan sholeh yang terkemuka,
untuk memohonkan air hujan bagi penduduk desa Huraidzah. Kemudian mereka
keluar menuju ke suatu kubur wali, kebetulan pada saat itu al-Habib
Umar masih baru di desa itu dan masih belum dikenal orang, sehingga
penduduknya tidak memberitahu kepada beliau untuk berdoa bersama dengan
mereka dan merekapun tidak memberitahu kepada Syeikh Abdullah al-Afif
tersebut tentang keberadaan al-Habib Umar, sampai setelah mereka
melakukan doa bersama untuk memohon air hujan, lalu terdapat pembicaraan
sekitar keberadaan al-Habib Umar, maka Syeikh Abdullah berkata kepada
mereka: “Mengapa kalian tidak memberitahukan aku tentang keberadaan
al-Habib Umar, mungkin doa kalian tidak akan diterima dan air hujan
tidak akan turun”. Kemudian Syeikh Abdullah segera meninggalkan tempat
itu, kemudian mendatangi Habib Umar untuk mohon maaf. Kata al-Habib
Umar: “Wahai Syeikh Abdullah, desa ini adalah desa kalian dan aku di
desa ini hanya orang asing yang baru datang”. Kata Syeikh Abdullah:
“Bukan demikian wahai tuanku, bahkan desa ini adalah milikmu dan aku
tidak mempunyai hak apapun setelah tuan ada di sini”.
Al-Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi berkata: “Memang, al-Habib Umar
mempunyai hubungan yang erat dengan Syeikh Abdullah bin Ahmad al-Afif.
Dan Syeikh Abdullah pernah berkata kepada beliau: “Memang, Huraidzah
adalah desa kami, akan tetapi kami serahkan kepada kamu”. Disebutkan
bahawa Syeikh Abdullah pernah minta pakaian (Libas) dari al-Habib Umar,
maka kata beliau: “Besarnya rasa cintamu, hal itu sudah cukup”.
Dalam juz kedua di dalam buku Taajul A’raas disebutkan, bahwa al-Habib
Ahmad binl Hassan al-Attas pernah menyebutkan tentang kisah Syeikh
Abdullah bin Ahmad al-Afif: “Di desa Huraidzah, Syeikh Abdullah al-Afif
mempunyai sebuah kebun kurma, ketika al-Habib Umar tiba di desa itu,
maka Syeikh Abdullah bernazar untuk memberikan kebun kurma itu kepada
al-Habib Umar. Ketika hal itu diutarakan kepada al-Habib Umar, maka
beliau berkata kepada penduduk Huraidzah: “Wahai penduduk, bagaimanakah
pendapat kalian tentang nazar Syeikh Abdullah?” Jawab penduduk
Huraidzah: “Menurut kami, nazar Syeikh Abdullah adalah benar”. Jawab
Habib Umar: “Kalau begitu, tanah ini aku terima tetapi aku hadiahkan
kembali bagi kalian semua sebagai nazar dari aku, maka terimalah tanah
itu dari aku”. Ada seorang di antara mereka yang berkata kepada beliau:
“Mengapakah engkau tidak memberikannya kepada keluargamu?” Kata al-Habib
Umar: “Kelak anak cucuku akan memiliki desa ini semuanya”.
Guru-guru al-Habib Umar al-Attas
Beliau berguru dari orang-orang yang pernah berguru dari Sayyidina
Syeikh Abu Bakar bin Salim, terutama dari putra-putranya, iaitu al-Habib
Muhdhor bin Syeikh Abu Bakar, al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar dan
al-Habib Hamid bin Syeikh Abu Bakar.
Al-Habib Umar juga pernah berguru dari Habib Muhammad bin Abdurrahman
al-Hadi, dari Sayyid Umar bin Isa Barakwah as-Samarkandi al-Maghribi
yang dimakamkan di desa al-Ghurfah. Demikian pula al-Habib Umar sering
mengunjungi Syeikh al-Kabir Ahmad bin Shahal bin Ishaq al-Hainani.
Selain itu, beliau sangat erat hubungannya dan selalu mengunjungi Habib
Abu Bakar bin Abdurrahman bin Syihab dan Syeikh Abdullah bin Ahmad
al-Afif dan Syeikh Ahmad bin Abdul Kadir Ba’syin, Shahib Rubath. Beliau
pun sering mengunjungi Habib Abu Bakar bin Muhammad Balfaqih, Shahib
Qaidun. Selain itu, beliau gemar mengunjungi orang-orang soleh dari
Ahlul Bait maupun dari keluarga al-Masyaikh dan orang-orang yang soleh.
Al-Habib Umar sangat mengagungkan dan menghormati guru beliau yang
bernama al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim. sampaipun, bila
al-Habib Umar mendengar nama gurunya yang satu ini disebut orang, maka
wajah beliau berubah kerana mengagungkan gurunya yang satu ini, bahkan
adakalanya al-Habib Umar bercakap-cakap dengan al-Habib Hussein bin
Syeikh Abu Bakar di tengah satu majlis, sedangkan ucapan keduanya tidak
dapat dimengertikan orang lain. Syeikh Ali bin Abdillah Baraas berkata:
“Al-Habib Umar berkata, pada suatu hari aku mendatangi al-Habib Hussein
bin Syeikh Abu Bakar bin Salim dengan maksud untuk mudzakarah tentang
tariqah Tasawwuf, kebetulan ketika itu al-Habib Hussein sedang berada di
tengah anggota majlis ta’alimnya. Kemudian beliau berkata: “Wahai Umar,
seseorang yang tidak mengerti suati isyarat, maka ia tidak akan dapat
mengambil manfaat dari ibarat yang terang dan siapa yang menjelaskan
kata-kata yang sudah jelas dengan kata-kata yang lebih jelas, ada
kalanya dapat menambah pendengarannya makin bertambah bingung”.
Selanjutnya al-Habib Umar berkata: “Timbul rasa takut di hatiku bahwa
tutur kata guruku setela kata-kata itu sengaja ditujukan bagiku”.
Al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim sangat menghormati
al-Habib Umar, bahkan beliau lebih mengunggulkan al-Habib Umar dari
saudara-saudaranya dan kawan-kawannya. Al-Habib Hussein tidak pernah
berdiri untuk menghormati orang, seperti halnya untuk al-Habib Umar, hal
itu tidak lain dikarenakan tingginya kedudukan Habib Umar.
Pada suatu hari al-Habib Umar bersama sekelompok para tokoh Alawiyin
datang ke tempat al-Habib Hussein bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, pada
waktu itu al-Habib Umar merupakan satu-satunya orang yang paling
merendahkan diri dan memakai pakaian ang paling sederhana, ditambah lagi
kedua matanya tidak dapat melihat. Ketika al-Habib Hussein melihat
al-Habib Umar berada di paling belakang rombongan itu, maka al-Habib
Hussein berubah wajahnya, kemudian beliau berkata kepada orang-orang
yang terkemuka dari rombongan itu: “Sesungguhnya kalian hanya lebih
mengutamakan penampilan lahiriah, dan kalian tidak mau memuliakan orang
yang paling mulia menurut kedudukan yang sepantasnya, andakata kalian
tahu kemuliaan lelaki ini, iaitu al-Habib Umar, pasti kedudukan kalian
tidak ada artinya, leher-leher kalian akan menunuduk dan ruh serta jasad
kalian akan rindu kepadanya”. Kemudian beliau menyebutkan
keutamaan-keutamaan al-Habib Umar yang menyebabkan mereka berasa betapa
kecilnya dirinya masing-masing”.
Silsilah isnad al-Habib Umar dalam menerima hirqah
Al-Habib Umar menerima selendang hirqah dari al-Habib Hussein bin Syeikh
Abu Bakar bin Salim, sedangkan beliau menerimanya dari saudaranya iaitu
Syeikh Umar al-Muhdhor, beliau menerimana dari ayah beliau, iaitu
Syeikh Abu Bakar bin Salim, Shahib Ainat, beliau menerimanya dari Syeikh
Syihabudin Ahmad bin Abdurrahman, beliau menerimanya dari ayah beliau,
Syeikh Abdurrahman bin Ali, beliau menerimanya dari ayahnya, Syeikh Ali
bin Abu Bakar, beliau menerimanya dari ayahnya, Syeikh Abu Bakar Sakran,
beliau menerimanya dari ayahnya, Syeikh al-Kabir Abdurrahman as-Seggaf,
beliau menerimanya dari ayahnya, iaitu Syeikh Muhammad Mauladawilah,
beliau menerimanya dai ayahnya, Syeikh Ali bin Alawi, beliau menerimanya
dari ayahnya, Syeikh Alwi bin Faqih al-Muqaddam, beliau menerimanya
dari ayahnya, al-Ustadzul A’dzam al-Faqih al-Muqaddam Sayyidina Muhammad
bin Ali Ba’alawi.
Adapun sumber penisbatan al-Hirqah dan silsilah isnad bagi Syeikh
al-Faqih al-Muqaddam berasal dua jalur, salah satu dari jalur ayah-ayah
beliau iaitu beliau dididik dan menerimanya dari ayah beliau, Ali bin
Muhammad dan dari paman beliau, Alawi bin Muhammad, keduanya menerima
dari ayahnya Muahmmad Syahib Mirbath, beliau menerimanya dari ayahnya,
Ali Khali’ Qasam, beliau menerimanya dari ayahnya, Alawi Shahib Samal,
beliau menerimanya dari ayahnya, Ubaidillah, beliau menerimanya dari
ayahnya, al-Imam Muhajir Ahmad bin Isa, beliau menerimanya dari ayahnya,
Isa an-Naqib, beliau menerimanya dari ayahnya, Muhammad, beliau
menerimanya dari ayahnya, Ali al-Uraidhi, beliau menerimanya dari
ayahnya, al-Imam Ja’far as-Shoddiq, beliau menerimanya dari ayahnya,
al-Imam Muhammad al-Baqir, beliau menerimanya dari ayahnya, Ali Zainal
Abidin, beliau menerimanya dari ayahnya, al-Imam al-Hussein dan dari
pamannya al-Imam al-Hassan, keduanya menerima dari kakeknya Nabi
Muhammad SAW, juga dari ayahnya al-Imam Ali bin Abi Thalib sedangkan
Nabi SAW menerimanya dari Allah seperti yang beliau katakan:
“Aku dididik oleh Tuhanku dan ia mendidikku dengan sebaik-baik didikan”.
Adapun jalur kedua yang diterima oleh Sayyidina al-Faqih al-Muqaddam
Thoriqoh Syuai’biyah iaitu lewat Syeikh Syu’aib Abu Madyan al-Maghribi
dengan perantaraan Abdurrahman al-Muq’ad dan Abdullah as-Shaleh.
Sedangkan Syeikh Syu’aib Abu Madyan menerimanya dari Syeikh Abu Ya’izza
al-Maghrabi, beliau menerimanya dari Syeikh Abul Hasan bin Herzihim atau
yang dikenal dengan nama Abu Harazim, beliau menerimanya dari Syeikh
Abu Bakar bin Muhammad bin Abdillah binl Arabi dan al-Ghadi
al-Mughafiri. Sedangkan binl al-Arabi menerimanya dari Syeikh Imam
Hujjatul Islam al-Ghozali, beliau menerimanya dari gurunya, iaitu Imam
al-Haramain Abdul Malik bin Syeikh Abu Muhammad al-Juaini, beliau
menerimanya dari ayahnya, Abu Muhammad bin Abdullah bin Yusuf, beliau
menerimanya dari Syeikh Abu Thalib al-Makki, beliau menerimanya dari
Syeikh Syibli, beliau menerimanya dari Syeikh al-Junaid, beliau
menerimanya dari pamannya, iaitu as-Sirri as-Siqthi, beliau menerimanya
dari Syeikh Ma’ruf al-Karkhi, beliau menerimanya dari gurunya, Syeikh
Daud at-Tho’i, beliau menerimanya dari Syeikh Habib al-’Ajmi, beliau
menerimanya dari Imam Hasan al-Basri, beliau menerimanya dai Imam Ali
bin Abi Thalib, beliau menerimanya dari Rasulullah SAW, beliau
menerimanya dari malaikat Jibril, dan beliau menerimanya dari Allah
Ta’ala.
Sanad penerimaan kalimat talqin bagi al-Habib Umar
Al-Habib Umar menerimanya talqin kalimat Laa Ilaaha Illallah Muhammadar
Rasulullah SAW dari Syeikh al-Arif Billah Assyarif Umar bin Isa Barakwah
as-Samarqandi al-Maghrabi.
Syeikh Ahmad bin Abdul Qadir Ba’syin Shahib Rubath berkata: “Syeikh Umar
Barakwah menuturkan kepada kita bahawa talqin dzikirnya cabangnya
sampai kepada Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, sedangkan Syeikh al-Qadir
al-Jailani menerima talqin dzikir dari empat ratus orang guru dan
guru-guru beliau sanadnya bersambung sampai dengan Sayyidina Hussein bin
Ali bin Abi Thalib, semua ahli talqin dzikir bersambung dengan
Rasulullah SAW. Keadaannya sama dengan mata rantai yang terjalin erat
antara yang satu dengan yang lainnya, sehingga jika mata rantai yang ada
paling bawah digerakkan, maka mata rantai yang ada di paling ataspun
akan bergerak, demikian pula sebaliknya. Hal itu adalah disebabkan
eratnya keterkaitan antara yang satu dengan yang lainnya, sama halnya
dengan keterkaitan nasab Ahlul Bait, satu sama lainnya saling terkait
erat. Segala puji bagi Allah yang menjadikan mereka suri tauladan yang
baik bagi kami dan keterkaitan kamipun dengan mereka masih erat”.
Al-Hakim meriwayatkan dari Saddad bin Aus, ia berkata: “Ketika kami berada di sisi Nabi SAW, maka beliau bersabda:
“Angkatlah tangan-tangan kalian dan ucapkanlah “Lailaha Illallaah”.
Setelah kami melakukannya, maka Rasulullah SAW bersabda: “Ya Allah,
sesungguhnya Engkau mengutus aku untuk menyampaikan dan mengikrarkan
kalimat Tauhid ini dan Engkau akan memberi Syurga kepada seorang yang
mengucapkannya dan Engkau tidak akan memungkiri janji. Selanjutnya
beliau bersabda: “Bergembiralah kalian sebab Allah telah memberi ampun
kepada kalian”.
Budi pekerti al-Habib Umar al-Attas
Al-Habib Umar al-Attas dikenal sebagai seorang Alim, Amil, Quthub,
Ghauts, seorang tokoh sufi, suci, suka memenuhi janji, Murabbi, Rabbani,
Da’i, suka mengajak orang ke jalan Allah dengan pandangan yang bersih
dan budi pekerti yang luhur, beliau himpun ilmu lahir dan batin. Beliau
dikenal sebagai pelindung kaum fakir dan kaum janda serta anak-anak
yatim. Beliau senantiasa menyambut dan menggembirakan orang-orang fakir,
mereka dimuliakan dan didudukkan pada tempat yang mulia, sehingga
mereka sangat mencintai beliau. Beliau dikenal baik oleh kalangan luas
banyak sekali beristiqad dengan beliau, dan mempunyai kedudukan yang
sangat tinggi, beliau amat tawadhu’ dan merendahkan dirinya kerana
merasa diawasi oleh Allah. Beliau selalu menyuruh orang untuk bersabar,
khususnya jika cobaan dan bencana sedang menimpa. Beliau sangat bersabar
untuk menjalankan aktiviti ibadat.
Beliau al-Habib Umar tidak pernah tidur pada bagian separuh terakhir di
malam hari, beliau pernah menghabiskan waktu malamnya untuk
mengulang-ulang bacaan doa Qunut.
Beliau suka menyantuni orang-orang fakir dan para wanita yang tidak
mampu. Beliau amat sabar dalam menghadapi pelbagai krisis, beliau tidak
pernah menyombongkan diri kepada seorangpun, beliau mau duduk di tempat
mana saja tanpa membezakan tempat yang baik atau jelek dan beliau tidak
pernah menempatkan dirinya di tempat yang lebih tinggi atau tempat yang
menonjol, kalau beliau meninggalkan majlisnya kerana ada hajat, maka
ketika beliau kembali ke tempat duduknya dan beliau mendapati tempat
duduknya telah diduduki orang lain, maka beliau akan mencari tempat
duduk lain. Beliau tidak pernah mendekati kaum penguasa.
Beliau senantiasa mengikut jejak perjalanan para sesepuh beliau yang
terdahulu, para tokoh Ba’alwi seperti perjalanan yang ditempuh oleh
Sayidina al-Faqih al-Muqaddam Muhammad ibnu Ali Ba’alwi, Syeikh
as-Seggaf, Alaidrus, Syeikh Abu Bakar ibnu Salim dan tokoh-tokoh
lainnya. Thoriqah mereka lebih mengutamakan menutup diri, tawadhu’,
tidak menuruti hawa nafsu, lemah lembut, tidak ingin dikenal apalagi
menonjol diri, kerana mereka merasa bahawa diri mereka tidak akan
menjadi orang baik kecuali hanya dengan anugerah dan kemurahan Allah.
Sifat ini tetap diikuti oleh anak cucu mereka, khususnya para wali yang
mempunyai kedudukan, ilmu dan gemar beramal kebajikan dan beribadah.
Pokoknya al-Habib Umar senantiasa mengikuti jejak para sesepuhnya yang
sholeh, beliau selalu mengikuti budi pekerti yang mulia seperti budi
pekerti Nabi yang pernah disebutkan Allah dalam satu firmannya:
“Dan sesungguhnya engkau di atas budi pekerti yang agung”.
Jika beliau meningkatkan frekuensi ibadahnya yang wajib dan sunnah, maka
beliau mengikuti apa yang disebutkan oleh Imam Ghazali di dalam Rub’ul
Ibadat di dalam kitab Ihya’. Demikian pula, jika beliau ingin mengikuti
sunnah-sunnah dan memperbaiki niat dan motivasi, maka beliau mengikuti
apa yang diterangkan oleh Imam Ghazali di dalam Rub’ul Adat di dalam
kitab Ihya’. Adapun jika beliau ingin menjauhi budi pekerti dan tindak
tanduk yang tidak baik, maka beliau mengikuti apa yang diiterangkan oleh
Imam Ghazali di dalam Rub’ul Muhlikat di dalam kitabnya Ihya’. Adapun
jika beliau ingin mengikuti akhlak yang diredhai oleh Allah, maka beliau
akan mengikuti apa yang diterangkan oleh Imam Ghazali di dalam Rub’ul
Munjiyat di dalam kitab Ihya’ dan mencari tambahan keterangan lain dari
buku-buku lain.
Beliau senantiasa bergembira dan tersenyum kepada semua kalangan, baik
terhadap anak-anak kecil mahupun orang dewasa, sampai setiap orang
merasa bahwa dirinya sebagai kaum kerabat beliau. Beliau senantiasa
menyambut dengan baik semua orang menurut kebutuhannya masing-masing dan
beliau bersabar meskipun menghadapi banyak persoalan dari mereka, semua
orang disayangi dan disantuni oleh beliau, beliau suka berwasiat untuk
menyenangkan anak-anak kecil, kata beliau: “Kalau engkau tidak dapat
menyenangkan anak kecil dengan memberi sesuatu, maka berikan kepada
mereka meskipun sebuah batu kerikil berwarna merah, agar mereka
bergembira.”.
Beliau suka mengabulkan segala permintaan orang dan suka menanggung
kesulitan orang dengan harapan agar dapat menyenangkan keluarga orang
yang ditolongnya itu. Adakalanya beliau memaksa diri untuk mendatangi
rumah-rumah mereka, sehingga ada dari murid beliau yang mengatakan
kepada beliau, bahawa beliau sudah udzur, karena sudah lanjut usia dan
hal itu cukup memberatkan tetapi beliau menjawabnya: “Sesungguhnya kami
mendatangi rumah-rumah mereka, untuk manfa’at dan maslakhat mereka dan
kami berharap dari Allah, agar setiap rumah yang kami masuki Allah akan
memberi ampun kepada penghuni rumah tersebut”.
Jika ada dua orang datang ke majlis al-Habib Umar, maka beliau menanya
kepada keduanya, siapa di antaranya yang lebih tua, setelah
diberitahukan kepada beliau, maka beliau mempersilakan yang lebih tua
duduk di sebelah kanan beliau sedang yang lebih muda dipersilakan duduk
di sebelah kiri beliau agar beliau dapat menghormati munurut usianya
masing-masing, selanjutnya keduanya disenangkan dan digembirakan dengan
kegembiraan yang luar biasa, kemudian beliau berbicara dengan keduanya
menurut kemampuan berfikir mereka masing-masing. Akhlak beliau yang
seperti itu menyebabkan semua orang terpesona kepada beliau dan budi
pekerti beliau sering disebut orang.
Al-Habib Umar sering mengunjungi Wadi Amed dan al-Qasar untuk mengajak
penduduknya ke jalan Allah dan untuk mempersatukan orang-orang yang
bersengketa di antara mereka. Untuk kepentingan yang satu ini, beliau
banyak mengorbankan hartanya dan tenaganya. Dan sangat bersabar kepada
mereka yang berwatak keras, beliau hampir saja tidak pernah marah,
kecuali larangan Allah diremehkan oleh seseorang, jika hal itu terjadi,
maka beliau amat marah, sampai dapat dilihat dari wajah beliau.
Al-Habib Umar senantiasa menganjurkan manusia untuk rajin mengerjakan
amal-amal ibadah dan menghadiri solat Jum’at dan Jama’ah, beliau selalu
menganjurkan perbuatan baik dan melarang perbuatan mungkar. Beliau tidak
mau masuk ke dalam rumah yang pemiliknya suka berbuat kemungkaran dan
tidak mau menghadiri undangan mereka, samapi mereka mau berubah
kebiasaan mereka.
Al-Habib Umar sering mengunjungi Wadi Dou’an, kebiasaan itu beliau
lakukan sejak awal dan beliau tidak pernah meninggalkan kebiasaan itu
kecuali di akhir hayatnya. Beliau pernah mengunjungi Wadi Dou’an
berangkat dari al-Lisk dengan mengenderai unta dan dengan disertai
al-Faqih Ahmad ibnu Muhammad Bajamal al-Asbuhi. Dalam satu kunjungannya
ke Wadi Dou’an beliau pernah mengunjungi Syeikh Ahmad ibnu Ali ibnu
Nu’man al-Hajrain di desa Hajrain, maka Syeikh Ahmad ikut bersama beliau
menuju Qaidun untuk berziarah ke makam Syeikh Sa’id ibnu Isa Alamudi.
Dikarenakan banyaknya berpergian dan perjalanan yang ditempuh oleh
al-Habib Umar al-Attas untuk berdakwah dan untuk mendamaikan orang, maka
beliau berkata: “Sesungguhnya aku di dunia adalah seorang yang asing,
maka tidak diwajibkan atasku melakukan solat Jum’at di suatu desa pun.
Beliau lebih suka mengenderai keledai di sebagian besar waktunya dan di
dalam perjalanannya di tengah hari yang amat panas. Di setiap
perjalanannya, beliau selalu membawa kitab ar-Risalah karya Imam
al-Qusyairi di satu tangan, sedang di tangan yang lain memegang kitab Al
‘awarifu Al Maarif maupun kitab-kitab yang semacamnya merupakan benteng
bagi para tokoh Sufi”.
Al-Habib Umar selalu menghabiskan waktunya untuk muzakarah segala cabang
ilmu pengetahuan, untuk keperluan yang satu ini, beliau suka
menghabiskan waktu satu malam penuh. Adakalanya tiba waktu fajar,
sedangkan beliau masih menerangkan berbagai macam hakikat ketuhanan
(Hakaik) kepada murid-murid beliau. Pokoknya tidak satu waktupun beliau
lewatkan, kecuali beliau lewatkan dengan ibadah dan menimba ilmu atau
mendengar suatu bacaan. Biasanya jika ada sekelompok orang duduk di
malam hari bersama beliau, maka beliau melayani mereka, sampai ketika
mereka bubar, maka beliau berkata kepada Syeikh Ali Baras: “Wahai Ali,
apakah masih ada orang lain selain kita?”. Jika dijawab tidak, maka
beliau berkata: “Ambilkan kitab itu, untuk kita baca bersama”.
Al-Habib Umar tidak pernah mengkhususkan membaca atau mengajar suatu
kitab tertentu. Al-Habib Hussein bin Umar al-Attas berkata: “Pada suatu
hari, aku pergi bersama ayahku, tanganku yang satu memegang tali kendali
kenderaan beliau, sedangkan tanganku yang satu memegang sebuah kitab,
sedangkan beliau menyampaikan kepada kita berbagai cabang ilmu lewat
lisan beliau, hal itu bagaikan sebuah air yang mengalir dengan derasnya.
Ketika kami katakan kepada beliau: “Mengapa engkau tidak izinkan kami
membaca atau belajar sebuah kitab kepadamu?” Maka beliau berkata:
“Terimalah sesukamu ilmu yang sedang mengalir dari satu wadah, meskipun
tanpa sebuah kitab”. Beliau berkata kepada seorang guru: “Ajarkan
anak-anakku untuk membaca kitab karya tulis Syeikh Abu Amru”.
Al-Habib Umar sangat peduli untuk mengajari saudara-saudaranya yang
masih kecil yang ditinggal wafat oleh ayahnya. Di muka telah kami
terangkan bahawa al-Habib Umar sangat peduli untuk mengajar dan mendidik
saudara-saudaranya yang masih kecil, terutama untuk memahami al-Quran.
Beliau menganjurkan mereka untuk gemar mencari ilmu dan menyuruh guru
saudara-saudaranya untuk memukul mereka, jika mereka tidak memperhatikan
pelajarannya. Bahkan beliau sendiri pernah memukul saudaranya dengan
tangannya sendiri, sampai ia berhasil membaca al-Quran dengan baik.
Beliau pernah mengirim saudara beliau al-Habib Aqil ke Hajrain untuk
belajar dari Syeikh Muhammad ibnu Umar al-Afif, sampai akhirnya al-Habib
Aqil mampu mengajar setelah beliau kembali ke desa Huraidzah. Setiap
hari al-Habib Umar menghadiri majlis ta’lim al-Habib Aqil sekembalinya
dari menziarahi kubur ayahnya.
Ketika al-Faqih Syeikh Abdul Kabir ibnu Abdul Kabir Baqais mengunjungi
beliau yang ketika itu beliau masih dalam usia belajar, maka beliau
berkata: “Hai, Abdul Kabir nama telah dihidupi, maka hidupkanlah ilmu”.
Ucapan beliau menyuruh Abdul Kabir untuk rajin menuntut ilmu. Dengan
anjuran beliau, maka Abdul Kabir berhasil menimba ilmu
sebanyak-banyaknya sampai beliau disebut al-Faqih. Al-Habib Umar pernah
memberitahukan akan lahirnya Syeikh Abdul Kabir yang ketika itu masih di
dalam kandungan ibunya, sedang ayahnya meninggal dunia. Ketika
keluarganya akan membagi harta waris ayahnya, di saat itu al-Habib Umar
berkata: “Sesungguhnya janin yang ada di dalam kandungan ibunya ini
adalah anak laki-laki, maka simpanlah bagiannya dari harta warisannya”.
Ternyata apa yang dikatakan oleh al-Habib Umar adalah benar.
Al-Habib Umar telah memberi isyarat kepada salah seorang pengikutnya,
Muhammad ibnu Hishn al-Huraidzi untuk belajar membaca al-Quran meskipun
usianya telah lanjut, dikarenakan telah mendapat barakah dari Habib
Umar, maka ia diberi kemudahan oleh Allah. Ada seseorang jika menghadiri
majlis ta’limnya al-Habib Umar al-Attas, maka ia banyak berbicara,
sehingga majlis beliau terganggu, anehnya jika diadakan pembacaan suatu
kitab, maka orang itu mengantuk sampai tidur. Karena itu, jika orang itu
hadir, maka al-Habib Umar berkata kepada kawan-kawannya: “Ambilkan
kitab dan mari kita membaca kitab itu, agar orang itu diam karena
mengantuk”.
Al-Habib Umar pernah menyuruh untuk mengeluarkan zakat kurma (Rutob)
sebelum kurma itu menjadi kering. Ketika dikatakan bahawa sebagian ulama
mengatakan bahawa tidak sah mengeluarkan zakatnya kurma sebelum kurma
itu menjadi kering, maka al-Habib Umar berkata: Mereka itu ulama dan
kami pun ulama, tanyakanlah kepada orang-orang miskin, kurma yang masih
basah ataukah kurma yang sudah kering yang mereka sukai”. Setelah
dijawab, bahwa yang mereka sukaiadalah kurma yang masih basah, maka
pendapat al-Habib Umar diterima oleh mereka dan dilaksanakan oleh
seluruh penduduk desa itu.
Al-Habib Ali ibnu Hussein al-Attas menyebutkan dalam kitabnya Taajul
A’raas juz 1 hal 708, bahawa al-Habib Umar ibnu Abdurrahman al-Attas
telah berbeda pendapat dengan ahli Fiqih dalam tiga masalah. Pertama
al-Habib Umar berpendapat untuk menaruh jenazah di ujung kepala liang
lahad dan jika jenazah sedang diturunkan ke liang lahad hendaknya kedua
kakinya diturunkan lebih dahulu. Kedua, al-Habib Umar berpendapat bahawa
seseorang tidak harus berniat ketika ia menjadikan tangannya sebagai
wadah untuk mengambil air hendak berwudhu (niat Ightiraf) meskipun
menurut pendapat ahli Fiqih, orang itu diharuskan berniat kalau tidak
maka airnya menjadi musta’mal. Adapun yang dipakai alasan oleh al-Habib
Umar, seorang yang mengambil air ketika hendak berwudhu, maka ia tidak
mencuci tangannya ke dalam tempat air, kerana itu tidak perlu berniat.
Ketiga, al-Habib Umar berpendapat bahawa seseorang dibolehkan
mengeluarkan zakatnya kurma ketika buah kurma itu masih basah (rutob),
meskipun para ulama tidak membolehkan cara yang demikian itu, alasannya
Habib Umar adalah buah kurma yang masih basah lebih disenangi
orang-orang miskin, daripada buah kurma yang sudah kering.
Disebutkan juga al-Habib Umar menganjurkan orang melakukan solat Ghaib
setelah selesai mengerjakan solat Jum’at. Adapun waktunya adalah setelah
imam menutup solatnya dengan salam dan setelah berzikir, maka diumumkan
untuk melakukan solat Ghaib bagi mereka yang telah meninggal dari
segenap umat Islam. Tradisi macam ini tetap dilakukan penduduk desa
Huraidzah dan desa-desa lainnya yang pernah mendengar fatwa al-Habib
Umar.
Al-Habib Umar suka mendengar qasidahnya al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-Haddad, yang awal mula baitnya adalah:
Jika qasidah ini dikumandangkan oleh seseorang di depan Habib Umar, maka
beliau suka menyuruh orang itu untuk mengulanginya, sebab beliau sangat
menyayangi dan merasa kagum qasidah itu. Setelah al-Habib Umar wafat,
maka al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-Haddad menyuruh seseorang untuk
berziarah ke makam al-Habib Umar dan menyuruhnya untuk membacakan
qasidah yang disebutkan di atas tadi di sisi kubur al-Habib Umar. Ketika
orang itu melaksanakan apa yang diperintahkan oleh al-Habib Abdullah
ibnu Alwi al-Haddad, maka ia tertidur sejenak, maka tahu-tahu terdapat
sepotong roti yang masih hangat di pangkuannya. Ketka ia terbangun ia
terkejut dengan adanya dua potong roti dihadapnya, setelah diperiksa di
sekelilingnya, ternyata tidak ada seorangpun yang ada didekatnya,
sehingga ia yakin bahawa dua potong roti itu adalah karomah dari
al-Habib Umar sebagai petanda bahawa qasidah yang dibacanya telah
didengar oleh al-Habib Umar dan ziarahnya terkabul. Maka yang sepotong
dimakan sedangkan yang sepotong lagi dibagikan kepada anak-anaknya.
Al-Habib Umar dan guru beliau, al-Habib Hussein ibnu Syeikh Abu Bakar
ibnu Salim melarang orang untuk menghisap rokok dan mengharamkannya.
Al-Habib Umar suka menyuruh orang untuk memperbaiki cara pengairan sawah
ladang. Beliau amat senang dengan orang-orang yang suka mengairi sawah
ladangnya dan beliau selalu mendoakan kebajikan bagi mereka, tetapi
beliau tidak senang terhadap orang-orang yang malas mengakhiri sawah
ladangnya.
Al-Habib Umar selalu menganjurkan orang untuk rajin menanam pohon kurma.
Di desa Andal dan al-Qasar banyak menghasilkan buah kurma. dikarenakan
seringnya al-Habib Umar menganjurkan orang untuk menanamnya. Biasanya
beliau berpesan untuk memberi jarak sepuluh langkah atau lima belas
langkah antara satu pohon kurma dengan lainnya.
Banyak hadiah-hadiah yang mengalir kepada al-Habib Umar, tetapi beliau
tidak mahu menerimanya, kecuali hanya sebagian kecil daripadanya. Bahkan
jika ada seseorang yang nadzar memberi pohon kurma kepada beliau, maka
beliau ada kalanya menolaknya. Beliau tidak mahu menerima pemberian
seorang penguasapun, kalau ada seorang penguasa memberi hadiah atau
bingkisan kepada beliau atau yang ada hubungannya denga penguasa, maka
beliau selalu menolaknya dengan cara yang manis dan halus.
Al-Habib Umar selalu pasrah dan redho terhadap apa saja yang dikehendaki
oleh Allah. Al-Habib Umar selalu sederhana dalam cara berpakaiannya,
makan minumnya dan tempat tinggalnya. Beliau suka memakai pakaian yang
kasar berwarna putih, hasil tenunan dalam negeri, bukan buatan dari
India. Beliau tidak pernah memakai pakaian yang berwarna hitam, selain
ketika putera beliau wafat, tetapi beliau mengenakan juga pakaian putih
dan berwarna merah untuk menampakkan beliau tidak susah atas kematian
putranya. Ketika ditanyakan, mengapa beliau berpakaian demikian, maka
beliau berkata: “Sesungguhnya syaitan menyuruh kami untuk menampakkan
rasa susah, tetapi kami menolaknya agar ia menjadi kecewa”.
Biasanya jika al-Habib Umar diberi hadiah sehelai kain halus berwarna
putih, maka beliau memakainya sebagai alas duduk di atas kenderaannya
sampai kain itu tampak rosak. Biasanya jika beliau diberi hadiah sehelai
baju terlalu panjang bagian tangannya, maka beliau memotongnya sampai
sebatas telapak tangan. Hal itu adalah dikarenakan beliau meniru jejak
hidup Imam Ali ibnu Abi Thalib yang selalu memotong bagian tangannya
sampai batas telapak tangan.
Jika al-Habib Umar hendak membangun rumah, maka beliau menyuruh
arkiteknya untuk membangunkan kamar mandi di bagian depan rumahnya agar
orang-orang yang melihatnya akan mengerti, betapa hinanya kehidupan
dunia yang selalu mereka rebutkan itu. ketika arkiteknya telah selesai
membangun tembok rumah beliau, maka beliau dipersilakan masuk ke dalam
bangunan itu. Setelah beliau mengukur tinggi bangunannya dirasa telah
cukup, maka beliau menyuruhnya untuk membangun atapnya. Letak rumah
beliau di bagian atas desa. Ketika penduduk desa Huraidzah minta
pertimbangan beliau, di manakah rumah beliau harus dibangun, maka beliau
menyuruh mereka untuk membangun rumahnya di bagian atas desa itu di
dekat rumah Syeikh Salamah ibnu Ali Basahil. Sebab beliau amat erat
hubungannya dengan Syeikh Salamah yang dikenal sebagai wali yang wara’,
ahli ibadah dan amat dekat hubungannya dengan al-Habib Umar, sehingga
al-Habib Umar sering mengunjunginya. Kata al-Habib Umar: “Andaikata aku
tidak takut kebakaran, pasti aku lebih senang di sebuah gubug”.
Beliau tidak terlalu memperhatikan masalah makanannya, beliau mau makan
apa saja yang didapatnya dengan mudah, tidak jarang beliau menahan lapar
jika tidak ada rezeki yang dimakannya. Disebutkan bahawa pada suatu
malam isteri Hussein menantu beliau tidak menyediakan makan malam bagi
al-Habib Umar, sebab ia mengira bahawa al-Habib Umar sudah makan malam
di rumah Salim, puteranya. Demikian juga isteri Salim tidak menyiapkan
makan malam bagi al-Habib Umar, sebab ia mengira bahawa al-Habib Umar
telah makan di rumah Hussein. Kebetulan malam itu pembantunya keluar
dengan membawa sepotong roti untuk makan sapinya, maka beliau mengambil
sebagian seraya berkata: “Ini adalah makan malamku”. Al-Habib Umar hanya
berkata: “Kurma dan mentimun yang halal lebih baik dari bubur kambing
(harisah) yang subhat”.
Pada suatu hari ketika beliau berkunjung ke Wadi ‘Amed, maka beliau
singgah di rumah salah seorang pengikutnya yang ada di desa itu.
Penduduk desa itu senang menerima kehadiran al-Habib Umar, sehingga
mereka membikin bubur asidah bagi beliau. Ketika penduduk desa itu masih
sibuk membuat bubur asidah, salah seorang puteri dari mereka datang
dengan membawa sepiring makanan bagi beliau, beliau hanya menyuapnya
sedikit. Tidak lama setelah bubur asidah yang dipersiapkan penduduk desa
itu telah selesai, maka mereka menghidangkannya ke hadapan al-Habib
Umar, tetapi beliau tidak menyuapkan sedikitpun dari bubur asidah itu,
sehingga mereka minta beliau untuk mencicipinya, tetapi beliau
menolaknya dengan halus, seraya berkata: “Ada seorang puteri telah
membawakan makanan buah bidara cina bagiku, aku telah memakannya sedikit
dan hal itu aku telah rasa cukup”. Kisah ini merupakan salah satu bukti
dari kesederhanaan al-Habib Umar dalam hal makanan.
Sifat postur tubuh al-Habib Umar al-Attas
Al-Habib Ali ibnu Hassan al-Attas pernah menyebutkan dari al-Habib Abu
Bakar ibnu Muhammad Bafaqih, Shahib Qoidun, tentang sifat diri al-Habib
Umar sebagai berikut: “Tubuh al-Habib Umar berperawakan sedang, wajahnya
tampan, janggutnya lebar, jika seorang melihat beliau, maka akan
melihat kewibawaan beliau dan tercium bau harum dari beliau”.
Al-Habib Umar gemar memakai parfum. Kata beliau: “Dari besarnya
kesukaannya kepada parfum, maka aku ingin dihadirkan sebuah bejana yang
berisi parfum, kemudian aku akan memakainya semua”. Dikarenakan besarnya
kegemaran beliau mamakai parfum, maka keringat beliau tercium bau
harum.
Pada lambung kiri al-Habib Umar ada warna hitam sebentuk cincin.
Al-Habib Umar sebagai seorang Syeikh dan Murabbi
Al-Habib Umar adalah seorang Syeikh, seorang murabbi dan seorang da’i
kepada Allah di dalam tindak-tanduknya dan tutur katanya. Al-Habib Umar
pernah berkata: “Ketika aku ditawari menjadi seorang da’i, maka aku
menolaknya dengan berbagai alasan”. Kemudian dikatakan kepadaku: “Kami
akan menjadikan bagimu seorang pendamping dan membantu yang akan
mendampingimu untuk menunaikan tugasmu”, seraya menunjuk kepada Syeikh
Ali Baras. Maka aku menerima tugas itu dan Syeikh Ali Baras akan
membantuku dan mendukungku”.
Al-Habib Umar berkata: “Sesungguhnya sumber-sumber untuk mendapatkan
cahaya Allah tidak berkurang sedikitpun bagi generasi yang ada di akhir
masa, akan tetapi mereka datang membawa bejana-bejana yang berlubang”.
Pada awal mulanya, Syeikh Ali Baras sibuk membantu al-Habib Umar dalam
menyampaikan dakwahnya. Pada suatu hari ketika Syeikh Ali Baras duduk di
sisi al-Habib Umar, maka beliau bertanya kepadanya: “Buku apa yang ada
padamu?” kata Syeikh Ali Baras: “Buku yang ada di tanganku adalah
Bidayatul Hidayah”. Kata al-Habib Umar: “Bacalah buku itu”. Maka Syeikh
Ali Baras membaca dengan khutbahnya. Selanjutnya, al-Habib Umar berkata
kepada Syeikh Ali Baras: “Berhentilah sampai di situ, aku telah
memberimu ijazahdi bidang Syari’at, Tareqat dan Hakekat, ini adalah
ijazah yang diberikan bertepatan pada saat terkabulnya semua do’a”.
Habib Isa ibnu Muhammad al-Habsyi berkata: “Biasanya jika ada seorang
datang dengan niat yang baik kepada al-Habib Umar, maka beliau akan
menerima segala pengaduannya serta menghormatnya dengan menampakkan
keramatnya, sifat-sifat mulia seperti ini iaitu niat yang baik dan
keyakinan yang kuat jarang dimiliki oleh tamu-tamu yang lain dan
kekeramatan beliau jarang dilihat orang kecuali seorang yang benar-benar
ta’at, bagus niatnya dan kuat aqidahnya”.
Syeikh Ali Baras pernah berkata kepada al-Habib Umar: “Meskipun engkau
sering mengunjungi Wadi ‘Amed dan desa-desa lainnya, tetapi anehnya
tidak banyak yang mendapat petunjuk dengan sebenarnya dari engkau,
padahal aku yakin bahawa jika seorang fakir bertemu dengan engkau pasti
ia akan menjadi muslim”. Jawab al-Habib Umar: “Andaikata aku bertemu
dengan seorang yang hatinya seperti engkau, tentunya aku dapat
menyampaikan ia kepada Allah di dalam waktu yang paling singkat, akan
tetapi aku mendapati orang-orang yang hanya membicarakan: “Habib akan
pergi, habib akan datang”. Dengan kata lain tidak mempunyai persiapan
dan keyakinan kepada beliau”.
Disebutkan bahawa pada suatu hari ada seorang murid datang kepada beliau
dengan niat untuk memohon keputusan dari beliau. Sebelum murid itu
menyampaikan kepada beliau apa yang yang ada di hatinya, maka dengan
cara kasyaf beliau menjawab apa yang akan ditanyakan oleh murid
tersebut: “Wahai orang yang kebanyakan manusia meninggalkan apa yang
semestinya harus ia lakukan, tidak seorangpun yang datang kepadaku
kecuali ingin menanyakan tentang masalah-masalah duniawi seperti meminta
hujan, menginginkan anak atau meminta pendapat, padahal setiap murid
yang datang kepadaku dengan niat yang baik untuk mendapatkan
masalah-masalah yang mulia, pasti ia akan mendapatkan kebajikan yang ia
inginkan”.
Ada seorang sholeh dari penduduk sebuah desa Hadzyah yang bernama Ahmad
ibnu Abdillah Bajusair, ia seorang guru ngaji bagi anak-anak kecil.
Biasanya jika penduduk desa Syibam berziarah ke tempat al-Habib Umar
al-Attas, maka mereka singgah di desa Hadzyah dan akan melewati rumah
guru ngaji ini, demikian pula jika mereka pulang dari tempat beliau.
Pada suatu kali, guru itu berkata kepada salah seorang yang didekatnya:
“Aku lihat penduduk Syibam yang pergi ke tempat al-Habib Umar dalam
keadaan wajah tertentu, dan mereka pulang dengan wajah yang berlainan
dari wajah yang sebelumnya. Mengapa demikian?” Ketika ucapan guru ngaji
itu disampaikan kepada al-Habib Umar, maka beliau berkata: “Katakanlah
kepadanya, adakalanya manusia tugasnya sebagai guru ngaji seperti kamu,
adakalanya seorang pendidik, apakah dia tidak mengerti bahawa saya
seperti buaya, telurnya di darat dan ia tetap berada di laut dan
memelihara telurnya cukup dengan pandangan”.
Al-Habib Ahmad ibnu Hasyim al-Habsyi berkata: “Dulunya aku dan as-Sayid
Abdullah al-Haddad sering berkunjung kepada al-Habib Umar al-Attas,
tidak lama, maka al-Habib Abdullah mendapat pancaran Ilahi (Futuh)
sebelum aku mendapatkannya, sehingga minatku kepada beliau berkurang.
Ketika aku adukan keadaanku kepada Habib Umar, maka beliau menghadap
kepadaku dan mendo’akanku untuk mendapatkan seperti yang didapati
al-Habib Abdullah al-Haddad. Maka sejak saat itu akupun mendapat
pancaran Ilahi.
Al-Habib Abdurrahman ibnu al-Habib Umar al-Attas berkata: “Ketika aku
keluar dari desa Ahrum, maka aku bertemu dengan seorang Darwisy yang
sedang mengembara. Waktu itu ia hendak menyeberang jalan. Ketika aku
memberi salam kepadanya, maka ia berkata, selamat datang wahai fulan. Ia
menyebut namaku dan ia menunjukkan kegembiraannya bersamaku meskipun
aku belum pernah bertemu dengannya pada waktu sebelumnya. Aku bertanya
kepadanya, bagaimana engkau tahu namaku, padahal engkau belum pernah
berkenalan denganku?” Jawab orang itu: “Bagaimana aku tidak mengenalmu,
pada hal engkau adalah putera guru kami, al-Habib Umar bin Abdurrahman
al-Attas. Sesungguhnya ayahmu sering datang ke negeri kami secara ghaib
dan nama beliau lebih dikenal di tempat kami daripada di tempat kamu”.
Habib Ahmad ibnu Hussein ibnu Umar berkata: “Aku pernah diberitahu oleh
seorang yang aku tidak ragu akan kejujurannya bahwa ia pernah bertemu
dengan seorang Darwisy dari negeri Sind di Afrika yang berkata:
“Sesungguhnya al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas sering berkunjung
ke negeri kami di Sind untuk mengajari kami Tasawwuf dan ilmu Tareqat
dan beliau banyak dikenal di negeri kami”.
Syeikh Abdullah ibnu Abdurrahman Ba’ubad menuturkan bahawa ketika ia
bersama Syeikh Ali Baras dan tiga belas orang sahabatnya datang ke
tempat al-Habib Umar, maka yang pertama aku lihat adalah sinar wajah
beliau yang amat cemerlang, sehingga aku tidak ingat lagi akan
kehadiranku, sebab aku lihat diri beliau bagaikan mutiara yang berwarna
putih cemerlang, dan wajah beliau memancarkan sinar yang terang, maka
timbul keinginanku untuk tidak akan berpisah dari beliau sepanjang
hidupku. Kami sempat menetap di tempat beliau selama beberapa hari.
Ketika beliau memberi izin kami untuk pulang ke desa kami, maka beliau
berkata kepadaku: “Wahai puteraku, tempat dan sumber mata air serta
perjalanan hanya ada satu macam, barang siapa yang ingin memisahkan
antara aku dari Syeikh Ali Baras, maka ia tidak akan mendapat untung”.
Al-Habib Abdullah ibnu Alwi al-Haddad berkata: “Ketika aku mengunjungi
al-Habib Umar al-Attas, maka aku lihat pada diri beliau, adanya
sifat-sifat yang terdapat pada para sesepuh beliau hingga pada diri Nabi
SAW”.
Habib Isa ibnu Muhammad al-Habsyi dan para arif billah lainnya, banyak
menuturkan bahawa keadaan peribadi al-Habib Umar al-Attas dan tindak
lanjutnya jauh berbeda dengan para tokoh wali lainnya. Meskipun keadaan
dan kedudukan beliau sangat tinggi, namun beliau lebih senang untuk
rendah diri, lemah lembut, ramah tamah kepada semua orang dan akhlak
yang sangat tinggi di mana sangat sedikit sekali orang berakhlak seperti
beliau.
Ketika menyebutkan sifat al-Habib Umar, Habib Ahmad ibnu Zein al-Habsyi
berkata: “Banyak orang dari kawan-kawan beliau yang menerima kebajikan
dari al-Habib Umar, banyak orang yang menjadi murid beliau dan banyak
pula yang menerima talkin dzikir dan menerima khirqoh dari beliau”.
Kitab-kitab yang dipesankan oleh Habib Umar al-Attas untuk dipelajari
+ Az Zubad karya tulis Syeikh Ibnu Ruslan. Habib Umar selalu menyuruh anak-anak kita untuk menghafal nadzom kitab Zubad.
+ Bidaayatul Hidaayah karya tulis Imam Ghozali. Syeikh Ali Baras pernah
membaca mukadimah kitab Bidaayatul Hidaayah di hadapan Habib Umar,
kemudian beliau memberi ijazah bagi Syeikh Ali Baras sehingga Allah
membuka cabang-cabang ma’rifat baginya.
+ Al Minhaaj karya tulis Imam Nawawi. Syeikh Abdullah ibnu Umar Ba’ubaid
berkata: “Ketika aku berkunjung ke tempat Habib Umar, beliau berkata
kepadaku: “Aku pernah membaca kitab al-Irsyad, karya tulis Syeikh Ismail
al-Muqri”. Maka beliau berkata kepada Syeikh Ali Baras: “Wahai Ali,
bacakan kepadanya kitab al-Minhaaj, karya tulis Imam Nawawi dan bacakan
juga kitab itu kepada kawan-kawanmu, kerana kitab tersebut membawa
berkat dan memberi futuh, Insya-Allah, sebab penyusunnya seorang Wali
Qutub dan ia berdo’a bagi setiap pembacanya, semoga diberi barakah”.
+ Ar Risalah karya tulis Imam Qusyairi dan Awarifu al-Ma’arif karya
tulis Imam al-Saharwurdi. Al-Habib Umar al-Attas selalu membaca kedua
kitab itu ke mana saja beliau pergi. Kata beliau: “Ar Risalah dan
al-Awarif dan kitab-kitab sepertinya sangat pentinguntuk dibaca, sebab
keduanya termasuk pemasok santapan rohani bagi paraahli Tasawwuf”.
Kewara’kan al-Habib Umar al-Attas
Beliau dikenal sangat wara’. Beliau tak mau pernah menerimapemberian
apapun dari kaum penguasa, tidak pernah mau diajak makan minum,
sampaipun sekedar minum kopi bersama kaum penguasa, bahkan beliau
menolak arang bakar yang datangnya dari kaum penguasa. Kisah
penolakkannya terhadap pemberian Sultan Badar ibnu Abdillah al-Katsiri
ketika datang mengunjungi beliau, kelak akan saya sebutkan dalam fasal
tersendiri.
Beliau tidak mau makan dari pemberian orang-orang yang berbisnes dengan cara riba’.
Pada suatu kunjungan beliau di Wadi Amed, maka beliau dipersilakan
singgah di rumah seorang dari keluarga Basulaib, sedangkan mereka tidak
mau memberikan bagian waris bagi anak-anak perempuan, maka belai menolak
untuk singgah dan beliau berkata: “Bagaimana aku akan singgah di rumah
seorang yang tidak mau memberikan waris bagi anak-anak perempuannya?
Padahal Allah menyuruh memberikannya dalam al-Quran, Allah berfirman:
“Allah mensyari’atkan bagimu tentang pembagian waris untuk anak-anakmu,
iaitu bagian seorang anak lelaki sama dengan bagian dua anak perempuan”.
Kata lelaki itu: “Mulai dari saat ini, aku akan memberikan waris bagi anak-anak perempuanku”.
Maka Habib Umar mau singgah di rumah orang itu dan beliau berdo’a bagi
keluarga orang itu, sehingga mereka diberi barokah dan kebahagiaan
hidup”.
Pada suatu kali ketika beliau berkunjung ke rumah seorang dari keluarga
Basuwaid yang ada di desa Anaq. Maka beliau disambut dengan sambutan
yang luar biasa, dan beliau diberi labu. Beliau bertanya: “Dari mana
engkau peroleh buah labu ini?” Jawab orang itu: “Aku memetiknya dari
sebuah kebun milik wakaf”. Katanya beliau: “Kalau begitu, kita tidak
diperbolehkan makan dari kebun yang telah diwakafkan, sebab kebun yang
telah diwakafkan itu adalah milik semua orang Islam”. Kata orang itu:
“Mulai sekarang aku tak mau lagi makan dari hasil kebun yang telah
diwakafkan, lalu bagaimana hasil-hasilnya yang telah aku makan di
masa-masa sebelumnya?” Kata Habib Umar: “Untuk menebus dosanya yang
lalu, maka rawatlah kebun itu, kemudian bagikan hasilnya bagi kaum
muslimin”. Maka sejak saat itu, kebun yang telah diwakafkan itu mulai
sebaik mungkin”.
Habib Umar tidak mau menerima harta wasiat dari seorang kecuali bila
beliau telah memperjelaskan benar-benar tentang redhanya ahli warisnya.
Pada suatu kali ada seorang wanita yang mewasiatkan sebagian dari
perhiasannya senilai tiga Uqiyah. Ketika wanita pemilik harta itu wafat,
maka harta yang diwasiatkan itu diberikan kepada beliau, tetapi beliau
tidak mau menerimanya sampai setelah memperjelas redha ahli warisnya
tentang harta wasiat itu”.
Disebutkan oleh Syeikh Ali ibnu Salim al-Junaid, bahwa ayahnya yang
bernama Salim pernah meminjam seekor keldai buat kenderaan bagi
perjalanan habib Umar yang akan pergi ke desa Lahrum. Anehnya, sesampai
di tengah perjalanan, keldai itu berhenti dan duduk di padang pasir,
padahal waktu itu udaranya amat panas. Kata Syeikh Salim: “Hampir aku
pukul keldai ini, tetapi beliau melarangku seraya berkata bahwa pemilik
keldai ini tidak mau keldainya dipukul”. Kemudian beliau berkata:
“Peganglah kepalanya dan aku akan membantumu, agar ia berjalan”.
Demikian pula ketika keldai itu mogok kembali, maka Salim hendak
memukulnya, tetapi beliau menolaknya, dan beliau membantunya agar ia mau
berjalan”.
Dan jika telah masuk waktu solat berjamaah, sedangkan imam masjid ada
didekat beliau, maka beliau mengusirnya seraya berkata: “Pergilah engkau
untuk menjadi imam, tidak dihalalkan anda duduk di sini, bila waktu
tugas anda sebagai imam telah tiba”.
Rasa tawadhu’ al-Habib Umar al-Attas
Al-Habib Abdullah ibnu Alawi al-Haddad berkata: “Itu orang (al-Habib
Umar) yang pepohonnya ditanam atas dasar tawadhu’ dan lemah lembut,
sehingga tangkai-tangkainya seperti itu juga”. Hal itu menunjukkan kedua
sifat budi pekerti beliau.
Al-Habib Abdullah ibnu Alawi al-Haddad berkata: “Ketika kami berkunjung
ke desa Huraidzah ke tempat Habib Umar, kami melihat Habib Umar bersikap
amat tawadhu’, tidak seorangpun dari orang-orang besar yang dapat
mengikuti perangai beliau seperti itu. Begitu tawadhu’nya perangai
beliau, meskipun tingginya kedudukan beliau, samapi beliau tidak dapat
dibezakan dengan kawan-kawan duduknya yang lain. Di tengah majlisnya,
beliau tidak duduk di tempat yang khusus, tidak pakai pakaian khusus,
sehingga beliau tidak berbeza dengan kawan-kawan duduk yang lain. Bila
bangun kerana ada hajat dan tempat duduknya ditempati orang lain, belaiu
tidak marah dan tidak menyuruh orang itu untuk pindah, bahkan beliau
duduk di tempat lain, sampai aku pernah berkata: “Alangkah tidak
sopannya kalian terhadap Imam ini”.
Pada suatu kali, penduduk Syibam berebutan untuk berjabat tangan dengan
beliau, ada seorang yang ketika itu melihat kesederhanaan pakaian Habib
Umar dan ketawadhu’annya, maka ia berkata: “Seorang yang seperti ini,
kami di Tarim tidak mengajak berjabat tangan dengannya”. Ketika ucapan
itu didengar oleh Habib Umar, maka beliau berkata: “Memang pantas
ucapannya itu, sebab yang ada di Tarim hanyalah orang-orang yang
wajah-wajahnya bagaikan bulan”. Beliau mengulang-ulang berkali-kali.
Pada suatu hari ketika orang-orang datang ke tempat Habib Umar untuk
mengucapkan selamat atas lahirnya seorang anak beliau, sedangkan dari
penduduk kota itu tidak ada yang datang, mereka adalah orang-orang yang
berwatak keras dan meninggalkan solat berjamaah dan Jum’at, maka ada
seorang dari penduduk desa itu yang mendengar bahawa Habib Umar
mempunyai anak, lalu dia mengatakan keldaiku mempunyai anak, suatu
ucapan yang mengejek dan sangat tidak pantas. Mendengar ejekan orang
itu, Habib Umar tidak marah, bahkan Habib Umar mendatangi rumah orang
itu dengan tujuh kawan beliau. Kedatangan beliau menjadikan orang itu
amat bergembira, sehingga ia menjadi amat kagum terhadap lemah lembut
budi pekerti beliau. Kunjungan Habib Umar itu di pagi hari Jum’at.
Ketika Habib Umar hendak keluar, maka beliau bertanya kepada orang itu
dan kawan-kawannya yang tidak mau menghadiri solat Jum’at: “Mengapa
kalian tidak menghadiri solat Jum’at, padahal mempunyai pakaian-pakaian
yang bagus dan harum baunya?” Jawab mereka: “Apakah kami boleh
menghadiri solat Jum’at dengan memakai pakaian-pakaian yang bagus dan
harum?” Jawab Habib Umar: “Boleh”. Maka mereka keluar bersama-sama untuk
menghadiri solat Jum’at dengan perasaan gembira dan puas karena akhlak
dan perilaku Habib Umar.
Kedermamawan al-Habib Umar al-Attas
Habib Umar al-Attas dikenal sebagai seorang yang amat murah tangan,
sehingga rumahnya selalu dibanjiri segala lapisan masyarakat yang
membutuhkan bantuan beliau. Kedermawan Habib Umar tidak pernah
membezakan orang, semua orang disamakan pelayanannya, baik dia orang
yang fakir atau pejabat tinggi. Habib Umar sangat peduli untuk memberi
makan orang-orang, sehingga menyuruh pembantu-pembantunya untuk
menyimpan sebagian hasil panen buat nanti bila datang musim paceklik.
Sehingga kalau ada orang-orang yang membutuhkan pertolongan, pasti
kebutuhan mereka dapat terpenuhi. Meskipun besarnya kedermawan Habib
Umar, tetapi beliau tidak pernah menyombongkan diri di depan orang-orang
lemah. eliau senantiasa memberi pelayanan kepada orang-orang lemah
dengan penuh kasih sayang, sehingga mereka tidak pernah rasa malu dengan
beliau. Demikian pula, Habib Umar tidak pernah memaksa diri dalam
menjamu tamu-tamunya, adkalanya tamunya orang miskin, beliau hidangkan
daging bila beliau memilikinya. Adakalanya tamunya penguasa, beliau
hidangkan seadanya, bahkan beliau lebih mengutamakan kaum lemah dari
kaum penguasa. Hal itu terlihat pada perlakuan beliau terhadap Sultan
Badar ibnu Muhammad al-Katsiri. Yang demikian itu sengaja beliau lakukan
agar tidak terasa di hati Sultan bahwa beliau butuh bantuan dari Sultan
atau ingin mendekatkan diri kepadanya.
Adakalanya kalau ada orang-orang terpandang mengunjungi beliau,
sedangkan beliau tidak mempunyai hidangan yang pantas buat dihidangkan
kepada mereka. Tetapi beliau tidak segan mohon bantuan atau pinjaman
untuk menyembelih seekor kambing bagi tamu-tamunya yang terpandang itu,
agar mereka tidak kecewa bila penghormatannya atau hidangannya dirasa
kurang cukup.
Al-Habib Umar sebagaimana yang diceritakan oleh putranya iaitu al-Habib
Abdullah selalu menyisakan atau menyimpan sebagian hasil panen tahunan
untuk musim paceklik, meskipun kebanyakan orang tidak memperhatikan hal
ini. Karena itu bila banyak orang-orang yang mohon bantuan bahan makanan
di rumah beliau jika musim paceklik tiba, maka hal itu tidak
mengherankan sebab beliau telah lama bersiap-siap menghadapi krisis
pangan seperti itu. Di saat krisis pangan sedang melanda kaumnya, maka
beliau menolong orang-orang yang membutuhkan bahan makanan. Di antara
mereka, ada yang setiap saatnya diberi makan langsung di rumah beliau,
tetapi ada pula yang dikirim bahan pangan ke rumah-rumah mereka,
terutama bagi keluarga-keluarga yang tidak bisa mohon bantuan orang,
tetapi masa paceklik yang memaksa mereka untuk cari bantuan dan juga
untuk mempererat tali silaturahim.
Adakalanya, ada sejumlah tamu yang datang ke rumah beliau di akhir
malam, dan beliau menyambut mereka dengan ramah-tamah. Biasanya bila ada
tamu di akhir malam hari, beliau membangunkan isterinya untuk
menyiapkan makan malam buat tamu-tamu yang datang di akhir malam,
adakalanya beliau menyimpan sebagian makan malamnya, persiapan
barangkali ada tamu yang datang. Biasanya jika bahan makanan pokok
menipis, maka beliau dan keluarganya tidak mau makan bahan pokok. Beliau
dan keluarganya memilih bahan pangan pengganti, sedang bahan pangan
yang pokok diberikan bagi orang lain yang membutuhkannya, terutama bagi
para tamu yang datang ke rumah beliau. Kalau bahan pangan pokok
benar-benar habis, maka beliau berikan bahan pangan berupa apa saja
tanpa malu.
Habib Umar tidak senang menonjolkan diri
Habib Umar dikenal sebagai seorang yang selalu merahsiakan
keistimewaan-keistimewaannya dan ketekunan beribadahnya. Demikian pula,
Habib Umar selalu mewasiatkan hal itu bagi murid-muridnya.
Habib Umar suka mengasingkan diri dari masyarakatnya. Kata beliau:
“Menonjolkan diri merupakan penyakit yang tidak ada ubatnya”.
Seorang murid beliau pernah melihat Habib Umar duduk di tempat solatnya
secara tersendiri. Ketika beliau ditanya: “Mengapa beliau mengasingkan
diri?” Kata beliau: “Aku mengasingkan diri sebab orang-orang itu selalu
mendekati aku”.
Habib Ali bin Hasan al-Attas meriwayatkan bahawa Thabarani menyebutkan
bahawa Anas r.a berkata: “Aku datang ke tempat Rasulullah SAW dan aku
dapatkan beliau mendorongkan sesuatu dengan kedua tangannya”. Aku
berkata: “Wahai Rasulullah, kiranya apa yang tadi engkau dorongkan
dengan kedua tangannya ini?” Sabda beliau: “Tadi aku didatangi dunia
maka aku mengusirnya dariku”.
Salah satu dari tanda ketidaksenangan Habib Umar untuk menampilkan diri
dan tanda lemah lembutnya adalah jika beliau mengunjungi suatu desa dan
beliau tinggal di desa itu selama tiga hari atau lebih atau kurang dari
jumlah itu, tetapi kedatngan beliau itu hampir tidak diketahui oleh
penduduk desa yang beliau kunjungi, kecuali hanya si pemilik rumah yang
beliau singgahi dan tetangga-tetangga dekatnya. Pada umumnya beliau suka
berjalan di saat panas matahari atau di waktu tengahari yang sangat
panas, dan beliau tidak senang ditemani orang lain, kecuali pembantunya.
Jika beliau tiba di suatu desa, maka beliau sengaja memilih singgah di
suatu rumah yang tidak akan dikenal orang banyak.
Gerakan dakwah al-Habib Umar al-Attas
Habib Umar pernah berkata:”Ketika aku diminta untuk bergerak di bidang
da’wah, maka aku mengajukan berbagai alasan untuk menerangkan
ketidakmampuan melakukannya”. Maka diberitahukan kepadaku: “Kami akan
mendukungmu dalam melaksanakan tugas da’wah ini dengan seorang yang amat
mampu untuk melaksanakan tugas ini. Kemudian Syeikh Ali Baras
diperbantukan kepadaku”.
Dikarenakan seringnya perjalanan yang beliau lakukan untuk berda’wah dan
mendamaikan orang, sampai beliau mengatakan: “Dikarenakan banyaknya
perjalanan yang aku lakukan untuk berda’wah, sampai aku menjadi orang
pendatang (asing) sampai kewajipan solat Jum’at tidak diwajibkan
bagiku”. Karena beliau selalu dalam keadaan musafir.
Al-Habib Abdullah al-Haddad berkata: “Sebenarnya kami ingin mengunjungi
makam-makam dan negeri-negeri, akan tetapi kami terhalangi oleh
kecintaan dan ketergantungan manusia kepada kami. Kami ingin sekali
seperti Habib Umar ibnu Abdurrahman al-Attas, karena beliau banyak
berkunjung ke berbagai tempat, untuk berda’wah dengan tidak ditemani
orang lain.
Al-Habib Abdullah al-Haddad berkata juga: “Pada tahun 1071 H, tepatnya
hari Isnin tanggal 21 Jamadil Akhir, ketika kami berkunjung ke tempat
al-Habib Umar al-Attas, maka kami meminta untuk berdua dengan beliau
tanpa diikuti orang lain. Ketika permintaanku itu dikabulkan oleh Habib
Umar dan beliau merestui dengan segala yang aku lakukan, beliau
menganjurkan aku untuk berdakwah secara khusus atau umum tanpa peduli
ucapan orang banyak”.
Habib Umar selalu giat berda’wah, menyuruh yang baik dan melarang yang
mungkar dengan cara yang lemah lembut, dan bersifat mengayomi orang,
sehingga banyak orang yang suka dan cinta dengan beliau. Tidak sedikit
orang-orang yang membangkang dan berbuat dosa terpengaruh oleh lemah
lembutnya da’wah beliau, sehingga mereka bertaubat dan menjadi
orang-orang yang taat kepada Allah. Beliau menggalakkan menghadiri solat
berjamaah dan solat Jum’at. Selain itu, berbagai cabang-cabang
amal-amal soleh pun digalakkan di tengah masyarakatnya. Pada waktu
beliau sampai di desa Huraidzah untuk pertama kalinya, beliau dapati
masyarakatnya banyak yang bodoh, membangkang, kasar, tidak suka
tolong-menolong dan tidak mau berjamaah dan berjum’atan. Dengan tekun
Habib Umar mengajak mereka ke jalan Allah. Habib Umar tidak pernah
memaksa orang untuk berbuat baik, tetapi merayu mereka dengan cara-cara
yang menarik, sehingga akhirnya penduduk desa Huraidzah menjadi
manusia-manusia yang berbudi pekerti halus dan ramah-tamah.
Salah satu dari cara-cara menarik yang dipakai Habib Umar dalam menarik
hati masyarakatnya adalah sering mengunjungi rumah-rumah mereka dan
bercengkramah di rumah-rumah mereka, sampai mereka cinta dengan cara
yang dipakai leh beliau. Meskipun demikian, beliau tidak segan
menasihati mereka bila ada perbuatan-perbuatan terlarang yang dilakukan
oleh mereka, misalnya cerita yang tertera di atas akan nasihat yang
beliau berikan kepada seorang Basuid yang menyuguhkan buah labu yang
timbul di kebun milik wakaf. Termasuk juga lemah lembut beliau terhadap
orang yang mengatakan keldaiku juga mempunyai anak, sewaktu orang-orang
mengucapkan selamat atas lahirnya anak beliau, yang mana mereka tidak
mau melakukan solat Jum’at. Sampai mereka mau menghadiri solat Jum’at
dan mereka tertarik dengan cara-cara yang menarik dari Habib Umar.
Terhadap orang-orang yang terang-terangan menentang hukum Allah, maka
beliau bersifat kasar terhadap mereka. Di antaranya adalah beliau tidak
mau singgah ke rumah seorang dari keluarga Bashalib yang tidak mau
memberikan waris bagi putri-putri mereka: “Ketika mereka bertanya, maka
beliau berkata: “Bagaimana aku mau akan berkunjung ke rumah seorang yang
tidak mau memberi hak waris bagi putri-putrinya?” Maka dengan ketegasan
Habib Umar itu, mereka menyatakan taubatnya, dan akhirnya beliau mau
mengunjungi rumah mereka.
Sedangkan terhadap orang-orang yang tidak ada gunanya dengan cara-cara
yang lemah lembut, maa beliau bersifat kasar dan marah yang sangat
marah. Hal itu dinampakkannya seperti tidak mau memasuki rumah mereka,
tidak mau menghadiri undangan mereka, sehingga banyak yang bertaubat di
tangan beliau.
Disebutkan juga bahwa Habib Umar pernah menola makan hidangan yang
dihidangkan di rumah seorang yang tidak memisahkan antara harta dari
hasil yang halal maupun yang haram, khususnya dari harta hasil riba’.
Disebutkan bahwa pada suatu hari, Habib Umar diundang makan di suatu
rumah yang pemiliknya sedikit banyak suka makan harta hasil riba’.
Ketika hidangan makanan telah disuguhkan dan para tamu termasuk Habib
Umar dan Syeikh Ali Baras dipersilakan makan. Ketika itu Habib Umar
merasa bahawa hidangan itu ada undur haramnya. Maka beliau
memberitahukan kepada Syeikh Ali Baras tentang hal itu. Kemudian
keduanya meninggalkan jamuan makan tanpa menyantap sesuap pun dari
makanan yang dihidangkan itu sehingga pemilik rumah bertanya-tanya
tentang sebabnya. Kata Habib Umar: “Dalam hidanganmu ada harta yang
tidak halal”. Maka si pemilik rumah menangis dan berkata: “Kalau
orang-orang yang baik tidak mau makan makananku, maka aku adalah orang
yang paling jelek”. Lalu menyatakan taubatnya di hadapan Habib Umar dan
ia berjanji tidak akan memungut harta dari hasil riba’ lagi.
Disebutkan bahawa pada suatu hari Habib Umar menghadiri majlis ta’lim
Habib Aqil, saudara beliau, sepulangnya dari ziarah ayahnya. Ketika itu
ada seorang yang kaya yang suka menerima harta riba’ memberi suguhan
kopi susu kepada para jamaah. Ketika Habib Umar merasa bahawa dalam kopi
yang disuguhkan itu ada unsur haramnya maka beliau berkata: “Angkatlah
kopimu, kami tidak dapat meminumnya sebab engkau suka menerima harta
riba’”. Habib Umar sangat marah terhadap orang itu maka lelaki itu
berdiri sambil marah dan nenentang Habib Umar sehingga Habib Umar berdoa
bagi orang itu. Denga izin Allah, lelaki itu sakit dan mati tidak lama
setelah itu. Kata Habib Ali bin Hasan al-Attas: “Karena lelaki itu
menampakkan diri menentang Allah dari dua sisi, yang satu dengan harta
riba’ yang ia makan. Allah berfirman:
“Maka ketahuilah Allah dan Rasulnya akan memerangimu”
Dan karena ia menentang wali Allah, seperti yang disebutkan dalam hadis Qudsi:
“Seorang yang menentang wali-Ku maka Aku akan memeranginya”
Di akhir usianya ketika Habib Umar solat Jum’at di desa Nafhun, beliau
duduk di pintu masjid. Maka beliau memberikan mauidhoh hasanah dan
memperingatkan hadirin dari seksa Allah karena itu mereka diminta
meningkatkan frekuensi ibadah mereka dan ketaqwaan mereka dan melarang
dari apa yang menyebabkan kemurkaan Allah. Setelah itu beliau berkata:
“Apakah aku telah menyampaikan pesan-pesan Allah ini?” Jawab para
hadirin: “Ya”. Maka beliau berkata: “Ya Allah, saksikanlah kesaksian
mereka”.
Di saat itu ada seorang murid beliau yang bernama Syeikh Abdul Kabir
Baqais yang berkata: “Seolah-olah Habib Umar memberikan nasihat yang
terakhir”.
Habib Umar gemar mendamaikan orang yang berselisih
Habib Umar al-Attas suka mendamaikan orang-orang yang sedang berselisih
demi untuk menjalankan ajaran Allah yang pernah disebutkan Allah dalam
firmannya:
“Tiada kebaikan dalam sebagian besar bisik-bisik kalian kecuali seorang
yang menyuruh bersedekah dan menyuruh berbuat kebajikan atau mendamaikan
di antara manusia yang berselisih. Barang siapa yang mengerjakan hal
itu karena berharap redha Allah, maka akan kami berikan pahala yang
besar”
Disebutkan bahawa suatu hari beliau mendamaikan di anatara dua suku
Kabilah Arab yang sedang bersengketa. Maka masing-masing suku berkeras
kepala, sehingga beliau bertanya kepada mereka: “Bagaimanakah pendapat
kalian bila seseorang di antara kalian berada di suatu lembah, bisakah
ia menjadikan lembah itu makmur atau bisakah ia menggali sumur seorang
diri atau menolak serangan musih seorang diri?”
Jawab kedua suku itu: “Tidak bisa”. Jawab Habib Umar: “Karena itu
bersatulah kalian semua agar dapat menyelesaikan segala persoalan secara
bersama”. Berkat nasihat Habib Umar itu, maka mereka bersatu kembali
dan saling memaafkan”.
Dikisahkan oleh Syeikh Muhammad Ibnu Abdil Kabir Baqais: “Pada suatu
kali ketika Habib Umar menyeru perdamaian pada satu kabilah Arab dengan
lemah-lembut, maka mereka menolaknya dengan cara kasar sehingga beliau
melemparkan tasbihnya di antara mereka. Dengan kuasa Allah, tasbih itu
berubah seakan-akan menjadi ular besar yang merayap di antara mereka
sehingga mencari perlindungan di hadapan beliau. Maka mereka meminta
maaf dari Habib Umar dan menerima seruan perdamaian.
Disebutkan bahawa ada seorang yang berhutang dan si pemberi hutang
mengadukan masalah keduanya kepada Habib Umar. Akhirnya setelah keduanya
didamaikan oleh beliau, maka yang memberi hutang bersedia memaafkan
sebagian hutangnya asalkan yang berhutang mau melunasi sebagiannya.
Anehnya setelah keduanya keluar dari tempat Habib Umar, maka yang
memberi hutang mengingkari perjanjian tadi sehingga yang berhutang
memberitahukan Habib Umar. Maka Habib Umar marah pada si pemberi hutang
seraya berkata: “Nanti engkau akan terkena penyakit dan akan terkena
sengatan api sebanyak bilangan wang yang engkau ingkari janji kemudian
akan menjadikan engkau mati”. Nyatanya ucapan Habib Umar itu dikabulkan
Allah, akhirnya si pemberi hutang mati setelah ia menderita sakit
beberapa waktu.
Disebutkan juga bahawa sebagian penduduk desa Huraidzah dipaksa
menyerahkan tanah perkebunannya kepada kaum penguasa. Maka penduduk desa
itu meminta bantuan dari Habib Umar untuk memaksa kaum penguasa itu
agar membatalkan tuntutan mereka kepada penduduk Huraidzah. Ketika para
penguasa mau menolak, maka Habib Umar mengancamnya akan mendoakan bagi
mereka, maka mereka terpaksa membatalkan tuntutan mereka.
Disebutkan ada dua bersaudara pemilik kebun dari keluarga Ghanim yang
berbuat zalim kepada tetangganya tentang pengairan bagi kebunnya. Ketika
kedua bersaudara itu dilaporkan kepada Habib Umar, maka keduanya
dinasihati agar memberikan hak tetangganya, tetapi keduanya menolak
bahkan menentang Habib Umar dengan penuh kurang ajar sehingga Habib Umar
berkata pada mereka: “Kalian akan kami masukkan ke dalam lautan yang
tiada bertepi”. Akibat ucapan Habib Umar itu, maka salah satu dari kedua
bersaudara itu ada yang berubah akalnya sehingga ia menyerang
saudaranya, dan saudaranya ikut tak sadar sehingga keduanya saling hunus
senjata tajam, akhirnya keduanya saling menikam hingga keduanya mati
secara tidak terhormat.
Habib Umar selalu berfikiran positif
Dikenal oleh banyak orang bahawa Habib Umar selalu berfikiran positif
dan pendapatnya dapat dijadikan petunjuk yang baik. Beliau melihat
dengan mata hati. Karena itu banyak orang yang selalu mohon pendapat
beliau. Bagi yang mengikuti pendapat dan kebijaksanaan beliau, maka ia
akan senang. Sebaliknya bagi yang menyalahi pendapat beliau tidak
sedikit yang menyesal dan rugi. Di antara pendapat beliau yang memberi
manfaat adalah pendapat yang beliau berikan kepada Syeikh Muhammad ibnu
Hussein al-Huraidhi untuk menghafal al-Quran. Sedangkan ia telah lanjut
usia lalu diterimanya maka ia diberi kemudahan oleh Allah.
Di antara pula pendapat beliau bagi Syeikh Muhammad al-Amiri an-Nahdi
untuk menanam pohon kurma di salah satu tempat yang bernama Dhahirah,
tetapi pendapat Habib Umar itu dianggap lemah oleh sebagian orang.
Untungnya Syeikh Muhammad al-Amiri menjalankannya, sehingga ia berhasil
mendapatkan untung besar.
Disebutkan bahawa Syeikh Abdullah ibnu Said Bamika, pemilik masjid
al-Aredh di kota Syibam termasuk salah satu dari orang-orang saleh yang
gemar beribadah dan menjalin persahabatan yang erat dengan Habib Umar.
Syeikh termasuk orang yang kaya, tetapi pada suatu masa kejayaannya
menurun sampai ia jadi miskin. Ketika ia mengadukan kepada Habib Umar,
maka beliau memberi petunjuk untuk melakukan suatu amal kebajikan.
Syeikh Abdullah mengerti maksud petunjuk beliau itu, sehingga ia
menggali sebuah sumur dan ia membangun sebuah masjid di tempat itu.
Setelah itu, ia melaporkan apa yang ia lakukan kepada Habib Umar. Dengan
restu Habib Umar, maka kekayaan Syeikh Abdullah kembali seperti
sediakala.
Ketika penduduk Syibam bertanya kepada Habib Abdullah al-Haddad, mana
yang bagus solat di masjid Abdullah Bamika ataukah di masjid milik orang
lain, maka Habib Abdullah al-Haddad menganjurkan orang untuk solat di
masjid Abdullah Bamika sebab masjid tersebut dibangun atas petunjuk
seorang wali Allah, iaitu Habib Umar al-Attas.
Disebutkan juga bahawa ketika sebagian dari penduduk dari suku Nahdi
datang kepada Habib Umar tentang lamanyamusim panas di desa mereka,
sampai kebun-kebun kurma mereka banyak yang kering. Habib Umar
menganjurkan mereka untuk menetap bersabar di desa mereka, mereka
dilarang untuk pindah ke tempat lain, semoga tidak lama Allah akan
menurunkan hujan ke desa mereka. Akhirnya dengan mengikuti petunjuk
Habib Umar dengan tetap bersabar, maka tidak lama kemudian Allah
menurunkan air hujan bagi penduduk desa itu, sehingga pengairan bagi
kebun-kebun kurma mereka berjalan lancar lagi seperti sediakala.
Disebutkan bahawa Syeikh Umar bin Ahmad al-Hilabi al-Juaydi selalu
berhubungan erat dan yakin sepenuhnya kepada Ahbib Umar, dan tidak
pernah menyalahi pendapat beliau. Karena itu Habib Umar memohon kebaikan
kepada Allah bagi Syeikh Umar al-Hilabi dan bagi anak cucunya. Pada
suatu kali ketika Syeikh Umar ini singgah di tempat Habib Umar, maka ia
disambut oleh beliau. Waktu itu baru menjelang musim panen. Ketika ia
minta izin untuk meninggalkan tempat Habib Umar, maka beliau berkata:
“Hai Umar, jika engkau sampai di desamu, maka panenlah dan ambillah
hasil pohon kurmamu”.
Petunjuk Habib Umar itu dilaksanakan sebaik-baiknya oleh Syeikh Umar
tanpa ragu-ragu lagi karena kuatnya itikadnya terhadap Habib Umar,
padahal bila panen sekarang, maka hasilnya akan berkurang sampai
penduduk desanya menegur dengan keras, bahkan di antara mereka ada yang
menganggap Syeikh Umar sudah gila, untungnya ia tetap menghargai
petunjuk Habib Umar.
Tidak lama kemudian ketika pasukan belalang menyerbu pohon-pohon kurma
penduduk desa itu, semua hasil yang akan dipanen oleh penduduk desa itu
rosak sehingga mereka menyesali nasib mereka karena tidak mendapat hasil
panen kurma pada musim panen itu, sedangkan Syeikh Umar telah memetik
hasilnya sebelum pasukan belalang menyerbu tanamannya. Maka mereka sadar
akan rahasia petunjuk Habib Umar dan faedah mengikuti pendapatnya.
Disebutkan bahawa putra Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Ahmad bin Afif
sering ke desa Huraidzah untuk mengunjungi Habib Umar, karena ayah
mereka adalah kawan dekat Habib Umar.
Pada suatu kali, Syeikh Ma’ruf, putra Syeikh Abdullah menginap di rumah
Habib Umar sebelum beberapa hari, ia tidak mau ke tempat lain kecuali
jika sudah mendapat izin dari Habib Umar.
Suatu hari ketika Syeikh Ma’ruf minta izin akan pulang, maka Habib Umar
tidak mengizinkannya, setelah beberapa waktu ia minta pamit lagi, tetapi
Habib Umar menolaknya, tetapi ia minta secara berkali-kali agar ia
diberi izin. Setelah ia agak memaksa, maka Habib Umar berkata: “Kami
menahan anda untuk pulang agar anda terhindar dari tuduhan pencuria yang
akan terjadi dituduhkan penduduk desamu kepada saudara-saudaramu dan
keluargamu”. Maka apa yang dikatakan oleh Habib Umar itu memang terjadi,
sehingga Syeikh Ma’ruf terhindar dari tuduhan pencurian. Tetapi tidak
lamapun tuduhan pencurian itu ditarik oleh penduduk desa Hajraian,
karena pencuri yang sebenarnya dapat segera ditangkap.
Pada suatu hari ketika beliau berkumpul dengan tokoh-tokoh masyarakat
dari kaumnya, maka beliau menasihati mereka untuk segera memperbaiki
saluran-saluran air yang dipergunakan untuk mengairi kebun kurma mereka.
Nasihat Habib Umar ini dilaksanakan oleh kaumnya meskipun bulan itu
adalah bulan suci Ramadhan. Kebetulan setelah mereka selesai
mengerjakannya, mereka pulang, maka tidak lama kemudian datang banjir,
sehingga airnya melimpah ruah di tempat-tempat penampungan air yang
telah mereka perbaiki.
Disebutkan pula bahawa pada suatu hari musim panas dan di mana paceklik
yang luar biasa, tiba-tiba ada seorang lelaki yang sudah lanjut usia
minta izin untuk ke Yaman. Ia telah menyimpan bekal makanan di rumahnya,
tidak seorang pun yang tahu apa yang ia telah lakukan. Kata Habib Umar:
“Mengapa engkau sore ini akan melakukan perjalanan ke tempat yang amat
jauh dan perjalanannya pun amat berbahaya, padahal engkau masih
menyimpan sejumlah bahan makanan di tempat yang amat rahasia sehingga
tidak seorangpun yang mengetahuinya selain Allah”.
Setelah mendengar nasihat dan pertanyaan dari Habib Umar, maka orang tua
itu mengurungkan niatnya. Tidak lama dari kejadian itu, maka ia sakit
dan wafat, sehingga sejumlah bahan makanan yang ia sembunyikan itu jadi
hidangan para pelawat jenazah orang tua itu.
Sikap Habib Umar tehadap para penguasa
Habib Umar dikenal sebagai seorang yang tidak merasa takut terhadap kaum
penguasa. Beliau suka menasihati mereka meskipun nasihat beliau
adakalanya dirasakan pahit oleh kaum penguasa. Dan beliau selalu menolak
pemberian maupun hidangan mereka, sampaipun kayu bakar dari mereka
beliau tidak mau menggunakannya.
Pada suatu hari, ketika utusan Sultan Badar al-Katsiri memberitahu
bahawa Sultan Badar akan mengunjungi beliau di Huraidzah, maka beliau
memberitahukan bahawa beliau yang akan mendatangi Sultan di mana ia
berada, karena itu beliau minta akan Sultan tetap berada di mana ia
sekarang berada. Kemudian Habib Umar segera berangkat dan beliau
menyuruh pelayannya untuk membawa kopi, kayu bakar dan api, yang mana
kopi itu untuk beliau minum di tempat Sultan, sebab beliau tidak mau
minum apapun dari milik Sultan atau milik kaum penguasa.
Setelah beliau berhadapan dengan Sultan Badar, maka beliau memberinya
nasihat-nasihat yang berguna mengenai dunia dan akhiratnya. Pada saat
itu, Sultan Badar menyuruh pelayannya membuat kopi yang dicampur dengan
madu dan diminta untuk dihidangkan kepada Habib Umar dan rombongannya.
Setelah dimasak dalam waktu yang lama, maka Sultan menyuruh pembantunya
untuk segera menyuguhkannya ke hadapan Habib Umar. Ketika si pembantu
melihat ke dalam tempat air yang sedang dimasak, ia menjadi terkejut
sebab di tempat air itu, air dan madunya tidak ada sehingga ia segera
melapor kepada Sultan Badar. Laporan dari si pembantu itu menjadikan
Sultan Badar menyadari bahawa Habib Umar sangat tingi rasa wara’nya dan
ia merasa bahawa air kopi itu habis dikarenakan besarnya karomah beliau.
Akhirnya Sultan Badar segera minta maaf kepada Habib Umar. Kata Sultan
Badar: “Mengapa anda sampai kami ajak minum secangkir kopi dari kami
saja anda tidak mau?” Jawab Habib Umar: “Memang, kalau kami tidak
menjaga diri, tentunya kami tak akan dapat berbuat seperti itu”.
Biasanya jika penguasa minta pendapat dari Habib Umar, maka beliau
memberi pendapat yang sejujurnya, walaupun pendapat beliau itu dirasa
tidak menyenangkan hatinya.
Disebutkan ketika ada seorang penguasa di Hadramaut berkata kepada Habib
Umar: “Kami selalu mengingatimu dan mengharap doamu wahai Habib Umar”.
Jawab Habib Umar: “Kami tidak takut kalian akan terkena gangguan dari
warga barat dan timur, kecuali jika ada seorang yang teraniaya
hak-haknya yang berdoa, sebab doa orang yang teraniaya akan segera
dikabulkan oleh Allah. Di saat itu doaku tak dapat berguna bagi kalian”.
Habib Umar al-Attas dikenal sebagai seorang yang tidak mau menerima
pemberian apapun bentuknya dari kaum penguasa. Meskipun demikian setiap
hadiah yang diberikan kepada Habib Umar maka beliau menerimanya dengan
penuh karomah selanjutnya beliau memberikannya lagi kepada yang
memberinya dengan cara yang penuh hormat sehingga yang memberi tidak
merasa tersinggung atau disedekahkan kepada fakir miskin.
Habib Umar sangat memperhatikan kepada para pengikutnya yang mencintainya
Keterkaitan perasaan Habib Umar terhadap pengikut-pengikutnya yang
mencintainya amat besar. Tentang masalah ini banyak dikenal orang.
Di antaranya adalah sebagaimana yang dikisahkan oleh Syeikh Muhammad
ibnu Ahmad Bamasymus berikut ini: “Waktu aku masih kecil, aku sempat
menempuh perjalanan di padang pasir yang amat luas dan tandus bersama
sekelompok rombongan. Ketika kami tiba di suatu tempat yang tidak ada
airnya, maka kami merasa sangat haus, sehingga rombongan kami melarikan
diri dan aku ditinggalkan seorang diri di tengah padang pasir yang
tandus tidak dapat menyusul mereka. Kemudian tidak lama aku mendapatkan
sebuah mata air sehingga aku minum airnya dengan sepuas-puasnya. Aku
kira mata air itu adalah mata air lama yang biasa diambil airnya,
kemudian aku melanjutkan perjalananku dan aku mendapatkan orang-orang
yang meninggalkan aku tadi sedang berebut minum air di suatu mata air.
Kemudian mereka merebahkan diri karena lelah dan haus. Ketika mereka
melihat aku datang maka mereka menyilahkan aku minum di mata air itu,
tetapi aku katakan bahawa aku telah minum di suatu mata air yang tadi
kalian telah melewatinya. Mereka merasa heran akan perkataanku karena
mereka merasa bahawa tidak mendapati mata air selain dari tempat mereka
berada di saat itu. Setelah aku dewasa, ketika aku bertemu dengan Habib
Umar, maka beliau bertanya kepadaku: “Wahai Muhammad, ingatkah engkau
ketika engkau berada di suatu tempat yang tandus dan engkau hampir mati
dari kehausan, maka engkau segera mendapati mata air dan engkau meminum
sepuas-puasnya?” Ucapan Habib Umar itu mengingatkan aku bahwa hal itu
suatu karomah dari beliau”.
Disebutkan Syeikh Muhammad Bamasymus juga bahawa pada suatu hari ketika
kami dan Syeikh Ali Baras dan rombongannya berkunjung ke desa Habib Umar
di Huraidzah, maka beliau menyuruh kami untuk meneruskan perjalanan ke
bagian bawah Hadramaut. Ketika kami tiba di kota Tarim, aku menderita
sakit hingga tidak dapat mengikuti rombongan Syeikh Ali Baras. Lalu ia
menyuruh , maka sewaktu aku sampai di desa Dhibiy, bertambah keras
sakitku sampai aku pengsan. Di malam hari ketika aku dalam keadaan
sakit-sakitan, aku mendengar Habib Umar sedang berdehem di rumahnya di
Huraidzah sedangkan aku sekarang di Wadi Dhibi. Maka di saat itu
hilanglah pengikutku dan kesihatanku telah pulih kembali. Hal itu tidak
lain dikarenakan kekeramatan beliau.
Dikisahkan oleh Syeikh Salim ibnu Abdul Qawi bahawa ayahnya yang bernama
Abdul Qawi bin Muhammad Baqais, bahawa pada suatu hari Syeikh Abdul
Qawi berjalan di suatu pergunungan bersama seorang kawannya. Ketika
keduanya akan naik ke atas, maka keduanya mencari jalan yang dilewati
agar dapat sampai ke atas. Singkat katanya, keduanya mendapati satu
jalan sempit ke arah atas. Jalan itu hanya dapat dilewati seorang saja.
Ketika kawannya naik lebih dahulu, tiba-tiba satu batu besar jatuh ke
bawah. Kebetulan pada waktu itu Syeikh Abdul Qawi sedang naik ke atas
sehingga batu besar yang melewati jalan yang sempit itu sehingga Syeikh
Abdul Qawi merasa terancam dan ia terkejut. Untung pada saat itu ia
ingat kepada Habib Umar sehingga ia berteriak memanggil nama Habib Umar
al-Attas. Dengan izin Allah, maka batu itu sudah berada di belakangnya
sampai ia terhindar. Tentunya kejadian itu adalah sebagai bukti adanya
pertolongan Allah dan adanya kekeramatan Habib Umar al-Attas.
Disebutkan bahawa Syeikh Salmin ibnu Umar dan kawan-kawannya pergi ke
Yaman. Mereka naik kuda. Syeikh Salmin dikenal sebagai penunggang yang
mahir. Ketika rombongan melewati suatu pantai, tiba-tiba kuda yang
ditunggangi Syeikh Salmin berjalan di tepi laut. Kebetulan di saat itu
ada gelombang yang menerjang kuda Syeikh Salmin, hingga kudanya Syeikh
Salmin terseret ke tengah laut sampai kawan-kawannya sangat menyesalkan
keadaan kawannya yang terseret ke tengah lautan itu. Mereka tidak dapat
memberikan bantuan sedikitpun pada Syeikh Salmin. Kebetulan Syeikh
Salmin yang sedang menghadapi maut itu ingat kepada Habib Umar sehingga
ia berteriak menyebut nama Habib Umar dan ia bernazar jika ia
diselamatkan Allah dari bahaya maut itu, maka ia akan memberikan harga
kuda itu kepada Habib Umar. Dengan rahmat Allah, maka ia seolah-olah
diselamatkan oleh seseorang yang sedang naik seekor kuda. Setelah ia
selamat, maka ia menaiki kudanya yang tadi ikut terseret ke tengah
lautan itu. Tidak lamapun ia dapat mengejar kawan-kawannya hingga mereka
tercengan dan merasa gembira. Maka ia menceritakan apa saja yang ia
dapati dan iapun memenuhi nazarnya bagi Habib Umar.
Disebutkan juga bahawa Muhammad ibnu Hushin al-Huraidhi yang pernah
diajarkan oleh Habib Umar al-Attas untuk menghafalkan Al-Quran meskipun
usia sudah lanjut, dengan keyakinannya, maka ia melakukan anjuran Habib
Umar dan akhirnya ia dapat menghafal Al-Quran di luar kepala.
Pada suatu hari, Muhammmad ibnu Hushin al-Huraidhi ini bergadang bersama
teman-temannya. Kebetulan pada waktu itu sedang musim belalang yang
merosak tanaman. Mereka sepakat untuk membakar belalang mulai dari
sarangnya yang ada di suatu gua di tempat yang bernama Gorgodah sebelah
utara desa Huraidzah. Pada malam itu, mereka keluar dengan membawa api
dan pelepah-pelepah pohon kurma menuju gua yang dimaksud. Sesampainya di
dalam gua dari obor seorang di antara mereka menimbulkan api membara di
tempat sekitarnya. Nampaknya api itu dianggap remeh oleh mereka, karena
itu mereka tidak memperdulikannya. Setelah api makin membesar maka
mereka tidak mendapat jalan keluar dari gua itu sehingga mereka yakin
bahawa mereka akan binasa. Maka di saat itu mereka teringat terhadap
Habib Umar, kemudian mereka memohon ampun kepada Allah dengan bertawasul
kepada Habib Umar. Maka dengan balas kasih Allah salah satu dari celah
gua itu terbuka sehingga terbentang jalan keluar bagi mereka dari gua
itu. Itula salah satu dari kesekian cerita dari kekeramatan Habib Umar.
Kata Habib Ali ibnu Hasan al-Attas: ” Kisah yang dialami Muhammad ibnu
Hushin dan kawan-kawannya di dalam gua itu sangat mirip dengan kisah 3
lelaki Bani Israel yang terjebak dalam gua seperti yang disebutkan di
dalam Hadith Bukhari”. Bahkan keadaan ini lebih menakutkan.
Kasih sayang Habib Umar terhadap binatang
Habib Umar amat sayang kepada binatang. Hal itu terlihat dari
kejadian-kejadian berikut ini. Disebutkan beliau bila masuk ke rumahnya,
maka ia minta diambilkan sejumlah makanan yang dimiliki keluarganya
demi untuk keledainya yang baru beliau tunggangi.
Disebutkan juga bahawa Habib Umar melarang Syeikh Salim al-Junaid untuk
memukul keledainya yang mogok di suatu tempat yang amat panas. Beliau
suruh Syeikh Salim untuk mengangkat leher keledainya dan Habib Umar ikut
membantunya. Meskipun keledainya itu mogok berkali-kali, tetapi Habib
Umar tetap melarang Syeikh Salim untuk memukulnya.
Pada suatu kali, ada seorang dari Lahrum yang membawa ternaknya dengan
memukuli ternaknya dengan keras. Maka ia datang kepada Habib Umar.
Ketika ia hendak berjabat tangan dengan Habib Umar, maka Habib Umar
menolak berjabat tangan dengannya. Jawab Habib Umar: “Aku tidak mau
berjabat tangan denganmu karena tanganku sakit”. Maka orang tadi
bertanya: “Karena apa?” Jawab beliau: “Dari sakitnya pukulan tersebut
ketika engkau memukuli binatang-binatang ternakmu tadi”. Ketika orang
itu minta maaf kepada Habib Umar maka beliau menasihatinya dengan keras
agar ia tidak mengulangi perbuatannya itu.
Gangguan-gangguan yang menimpa Habib Umar al-Attas
Seorang yang mempunyai tugas sebagai Da’i sekaligus penegak kebenaran,
maka gangguan-gangguannya tidak sedikit, bahkan beliau mendengar seorang
yang berkata kepada beliau: “Alangkah enaknya anda wahai Habib Umar,
sebab seorang semacam anda tidak akan ada orang yang berani membenci
anda”. Maka beliau berkata: “Katakan kalimat Lailaaha illallah sebanyak
orang-orang yang membenci Habib Umar”. Hal ini menunjukkan akan
banyaknya orang-orang yang memusuhi beliau.
Orang-orang yang mengganggu dan menyakiti Habib Umar itu bukan sahaja
dari orang-orang luar, tapi dari orang dalam rumah beliau sendiri, iaitu
dari isteri beliau sendiri. Adapun ceritanya sebagai berikut:
Pada suatu malam anda serombongan tamu datang ke rumah Habib Umar. Maka
beliau membangunkan isterinya dan menyuruhnya membuatkan makanan malam
bagi tamu-tamu beliau, tetapi isteri beliau menolaknya. Habib Umar
memintanya dengan lemah lembut tetapi isteri beliau tetap menolaknya.
Akhirnya Habib Umar terpaksa keluar rumah tetangganya minta tolong agar
isterinya memasak buat makan malam tamu-tamu beliau. Maka isteri
tetangga itu berkenan membuatkan makan malam bagi tamu-tamu Habib Umar.
Yang menyakitkan Habib Umar tidak saja terjadi semasa Habib Umar masih
hidup, tetapi setelah beliau wafatpun, tidak sedikit yang menghasut dan
mencaci-maki beliau. Anehnya setelah orang-orang yang menghasut itu
melihat kekeramatan Habib Umar, maka baru mereka menyesal dan mengakui
besarnya kekeramatan beliau.
Isteri Habib Umar al-Attas
Menurut berita yang dapat dipercaya disebutkan bahwa Habib Umar pernah
menikah dengan tiga belas orang wanita. Ada lapan wanita yang sempat
memberi anak bagi beliau, sedangkan yang lima orang tidak sempat memberi
anak bagi beliau.
Adapun isteri-isteri beliau yang sempat memberi anak bagi Habib Umar adalah:
- Sultonah binti Umar bin Reba’ sempat memberi dua anak bagi beliau, iaitu Salim dan Musyayakh.
- Aliyah binti Rasam. Ia dari keluarga Isa bin Abdillah al-Abdali. Ia
sempat memberi tiga putera, iaitu Hussein, Abdurrahman dan Ali.
- Putri Mubarak bin Jamil Baras. Ia sempat memberi seorang putra iaitu Muhsin.
- Ruqoqah binti Ali Ba’isa. Ia sempat memberi dua putra iaitu Syeikh dan Abdullah dan seorang putri iaitu Syaikha.
- Fatimah binti Abdullah al-Masawa. Ia sempat memberi dua orang putri iaitu Alwiyah dan Asma’
- Habsyiyah dari keluarga Ghanim. Wanita ini sempat memberi seorang putri yang bernama Fatimah.
- Fatimah binti Umar bin Sulaiman al-Amiri an-Nahdi. Ia sempat memberi anak perempuan iaitu Salma.
- seorang wanita dari Hautoh Zubdah. Ia memberi seorang anak yang
bernama Syeikh al-Albar. Putra beliau yang satu ini wafat di waktu
kecil, ia dimakamkan di sebelah kubur Syeikha Sulthonah.
Adapun isteri-isteri beliau yang tidak sempat memberi anak:
Seorang wanita dari keluarga Basurah Baalwi dari Hainan. Beliau
mengahwini wanita ini sebab wanita ini mengalami terlambat kawin.
Seorang wanita dari desa Huraidzah, ia bernama Solahah. Beliau mengahwinnya tepat diawal beliau di desa Huraidzah.
Beliau sempat menikah dengan dua orang wanita dari keluarga Bajabir dari Andal.
Beliau pernah menikah dengan seorang wanita dari Manwab.
Ketika Habib Umar berkunjung ke desa Qaydun untuk mengunjungi Syeikh
Said bin Isa al-Amudi maka beliau sempat melamar putri Habib Abu Bakar
bin Muhammad Bafaqih. Lamaran beliau diterima oleh Habib Abu Bakar.
Dengan ini, maka terjadilah hubungan yang sangat erat antara dua tokoh
ini, hanya saja tidak sampai jadi perkahwinan.
Anak-anak Habib Umar
Jumlah anak-anak Habib Umar ada 14 orang, 9 anak-anak lelaki, 5
anak-anak perempuan. Adapun anak-anak lelaki beliau adalah: Salim,
Musyayakh, Hussein, Abdurrahman, Ali, Syeikh al-Albar, Muhsin, Syeikh
dan Abdullah.
Adapun anak-anak perempuan beliau adalah: Syeikha, Alwiyah, Fatimah, Asma’ dan Salma.
Selain itu, beliau masih mempunyai banyak anak-anak lelaki dan perempuan yang wafat di waktu kecil.
Di antara anak-anak lelaki beliau yang menurunkan anak cucu adalah:
Salim, Hussein, Abdurrahman, Syeikh dan Abdullah. Sedangkan anak-anak
beliau yang lain tidak mempunyai anak.
Isyarat tentang dekatnya ajal beliau
Disebutkan bahawa Habib Umar al-Attas pernah memberitahukan dekatnya
ajalnya, adakalanya pemberitahuan itu berupa isyarat-isyarat yang dapat
dimengeti, tetapi ada pula yang terang-terangan. Disebutkan bahwa ketika
beliau ditanya oleh seorang pada umur berapa beliau akan wafat, maka
beliau mengisyaratkan pada usia 80 tahun. Kenyataannya memang demikian.
Berita tersebut pernah disampaikan oleh Habib Abdullah, putra beliau.
Disebutkan pula, ketika beliau bertemu dengan tokoh-tokoh Ba’alawi
sepert habib Abdullah al-Haddad, Habib Ahmad bin Hashim dan Habib Isa
bin Muhammad al-Habsyi di desa Sad’beh. beliau sempat memberi
pesan-pesan terakhir bagi mereka dan beliau mengatakan: “Mungkin saat
ini adalah pertemuan terakhir dengan kalian di dunia, aku akan menemui
kalian kelak”. Kemudian beliau meninggalkan desa Sad’beh menuju desa
Nafhun. Tidak lama setelah beliau tiba di desa Nafhun, beliau wafat.
Di akhir hayat beliau, ketika beliau solat Jum’at di masjid desa Nafhun,
maka beliau duduk di depan pintu masjid sebagaimana tertera di atas.
Beliau memberi nasihat-nasihat yang baik bagi pengikut-pengikutnya,
kemudian beliau bertanya kepada mereka: “Bukankah aku telah menyampaikan
pesan-pesan Allah ini?” Jawab pengikut-pengikut beliau: “Ya”. Kemudian
beliau berkata: “Ya Allah, saksikanlah ucapan mereka, sesungguhnya
Engkau sebaik-baik yang menyaksikan”. Setelah mendengar ucapan beliau
yang terakhir itu, salah seorang pengikut beliau ada yang berkata kepada
putra beliau, Habib Hussein: “Ucapan ayahmu yang terakhir ini
mengisyaratkan bahawa beliau akan meninggalkan kita, lalu memberikan
bela sungkawa terhadap Habib Hussein”.
Awal sakit beliau
Disebutkan oleh Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi, bahawa ketika beliau
berkunjung ke tempat Habib Umar beserta murid-muridnya ke Huraidah
tetapi Habib Umar berada di Sahrun. Habib Isa tidak diperkenankan masuk
ke tempat Habib Umar dan beliau menyuruh untuk menunggu. Demikian pula
ketika al-Habib Ahmad bin Hasyim al-Habsyi tiba di tempat itu dan ingin
berkunjung Habib Umar, maka beliau pun ditolak menemui Habib Umar,
sebelum diizinkan oleh beliau. Pada hari itu juga al-Habib Abdullah
al-Haddad tiba bersama-sama murid-muridnya di tempat itu dan beliau
disuruh menunggu di tempat itu.
Tidak lama kemudian Habib Umar menemui ketiga tokoh Ba’alawi itu bersama
rombongannya secara singkat. Dalam pertemuan itu, beliau berdo’a dan
beliau memberi libas kepadanya mengajak membaca surat al-Fatihah.
Kemudian beliau berkata: “Hari ini adalah hari pertemuan terakhir di
dunia ini, semoga kita dapat bertemu lagi di sisi Allah”. Kemudian Habib
Umar menyuruh kepada Habib Abdullah al-Haddad untuk pergi ke Haynan dan
Habib Ahmad bin Hasyim untuk pergi ke Hajrain dan beliau juga
memberikan libas kepadanya. Sedangkan Habib Isa bin Muhammad diajak ke
desa Huraidzah bersama beliau. Setelah keduanya tiba di desa Andal maka
keduanya menghadiri majlis pembacaan Maulud Nabi S.A.W. Selanjutnya pada
keesokan harinya sewaktu sampai di desa Hunfur, Habib Isa diperintahkan
ke desanya dan selanjutnya diminta pada malam Khamis untuk pergi ke
desa Nafhun. Kata Habib Isa: “Aku tiba di desa Nafhun pada malam Khamis
dan aku dapatkan putra-putra Habib Umar dan kawan-kawan serta
murid-muridnya yang datang dari pelbagai tempat sedang berkumpul dengan
beliau”.
Di waktu menjelang saat wafatnya Habib Umar, beliau mengulang-ulang mengucapkan bait puisi:
“Wajah kekasihku adalah tatapanku, aku senantiasa menghadapkan wajahku kepada-Nya,
cukuplah dia sebagai kiblatku dan aku pun pasrah diri kepada-Nya”. Kedua
bait puisi di atas adalah ucapan Habib Abu Bakar bin Abdullah al-Aidrus
al-Adni.
Al-Habib Hussein bin Umar al-Attas: “Ketika saat menjelang kewafatannya,
ayahku mengulang-ulangi bait-bait puisi al-Faqih Umar Bamahramah:
“Jika bukan dikarenakan besarnya harapan kepada Allah dan berkeyakinan
yang baik terhadap orang-orang yang menghiasi masjid dengan yang selalu
menghadiri solat berjamaah, tentunya tak seorangpun di antara kami yang
mengharapkan kesenangan pada sisia umur, sebab beristirehat di
perkuburan adalah lebih baik dan lebih bermanfaat dari hidup di dunia,
berada di antara orang-orang yang suka berbuat fitnah dan suka
menghasut”.
Dikatakan pula oleh al-Habib Hussein bahawa sebelum tiba saat kewafatannya, Habib Umar sempat mengulang firman Allah:
“Katakan, hai hamba-hamba-Ku yang telah menzalimi dirinya, janganlah
kalia berputus-asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah berkenan
memberi ampun seluruh dosa-dosa, sesungguhnya Dia Maha Pemberi Ampun dan
Maha Penyayang”.
Dikatakan pula bahawa Habib Umar sering membaca surat al-Fatihah
kemudian beliau mengusap tangannya ke wajahnya. aku pernah bertanya
kepada beliau: “Mengapa aku sering melihatmu membaca al-Fatihah kemudian
engkau mengusapkan tanganmu ke wajahmu?” Jawab Habib Umar: “Kira-kira
mengapa aku melakukan hal itu?” Kata Habib Hussein: “Aku tidak tahu”.
Kata Habib Umar: “Apa yang dikatakan orang banyak?” Jawab Habib Hussein:
“Mereka sering mengeluh tentang kesulitan mereka”. Kata Habib Umar:
“Sesungguhnya aku memperbanyak membaca al-Fatihah dengan harapan semoga
mereka dijauhkan dari segala bencana dan diberi kebahagian sebab mereka
peru diperhatikan”.
Kata al-Habib Hussein bin Umar: “Selama dalam sakitnya, ayahku sering
tidak sedarkan diri. Jika beliau sadar, maka beliau sering menanyakan
keadaan para sesepuh ulama yang ada beliau. Ketika beliau ditanya
tentang dimanakah beliau harus dikuburkan, maka beliau berkata:
“Mohonlah petunjuk kepada Allah, nanti Allah memberi petunjuk kepadamu”.
Nyatanya setelah beliau wafat, maka banyak pertolongan-pertolongan yang
datangnya dari berbagai tempat. Sebelum beliau menghembuskan nafasnya
yang terakhir, beliau berwasiat kepada kami: “Perhatikanlah keadaan
agama kalian, hendaknya kalian saling tolong-menolong dan bersabar,
sebab besabar akan memberi hasil yang memuaskan”. Di saat itu pula
beliau berdo’a memohonkan pertolongan bagi orang-orang Islam agar diberi
kesabaran bila mereka berpisah dengan beliau”.
Di saat yang sekrisis itu, beliau bertanya tentang muridnya Syeikh Abbas
bin Abdillah Bahafash, apakah ia sudah datang dari desa Huraidzah,
sebab beliau minta dimandikan oleh Syeikh Abbas. Untungnya Syeikh Abbas
tiba di malam harinya sebelum beliau wafat, sehingga beliau bergembira
atas kedatangannya.
Ketika sedang menghadapi saat-saat terakhir, maka beliau menyuruh
orang-orang yang ada di sekitarnya untuk berzikir di sisinya dengan
suara keras, sehingga terdengar seperti gaungnya Tawon. Beliau
menghembuskan nafas terakhir dengan keadaan berzikir dan diiringi dengan
suara zikir dari orang-orang yang ada di sekitarnya.
Sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, beliau minta
diwudhui. Maka Syeikh Abbas bin Bahafash mewudhui beliau. Ketika Syeikh
Abbas lupa menyela-nyela janggut beliau, maka beliau mengingatkannya
dengan gerakan tangan sebab pada waktu itu beliau sudah tak dapat
berkata-kata, tentunya hal itu ada sebagai petanda bahawa beliau selalu
mengikuti jejak sunnah Rasulullah S.A.W. Sekalipun di saat yang sangat
krisis.
Di saat itu, salah seorang murid beliau yang menyebut-nyebut kalimah Laa
Ilaaha Illallah di sebelah telinga beliau sebagaimana yang disunnahkan
Rasulullah S.A.W. meskipun orang itu telah diberitahu bahawa perbuatan
semacam itu tidak perlu dilakukan terhadap Habib Umar yang telah
menjadikan kalimat zikir telah menyatu dengan darah dan dagingnya.
Habib Umar menghembuskan nafasnya yang terakhir di tengah malam , iaitu
malam Khamis tanggal 23 Rabi’ul Akhir 1072H. Wafatnya Habib Umar membuat
murid-murid dan pengikut beliau sedih yang sangat mendalam baik kecil
maupun besar. Beliau wafat di desa Nafhun , tetapi jenazah beliau
dimakamkan di desa Huraidzah pada hari Khamis sore. Para pelawat jenazah
beliau mengadakan pembacaan al-Quran dan mengkhatamkannya berkali-kali
dan hal itu berlangsung lapan hari di sisi kubur beliau. Hal itu
menunjukkan betapa besarnya karomah beliau. Tepat pada dikuburkannya
Habib Umar, suasana di desa itu diliputi mendung dan hujan. Kepergian
Habib Umar banya membangkitkan keinginan para penyair untuk menuangkan
duka-cita mereka dalam bait-bait puisi yang indah. Di antara puisi
al-Faqih Umar bin Qadim.
Beberapa mimpi tentang keadaan Habib Umar setelah beliau wafat
Tepat di malam wafatnya Habib Umar al-Attas, salah seorang saleh dari
keluarga Ba’alawi di Tarim bermimpi seolah-olah bulan dan matahari
terjatuh di tanah keluarga Ba’alawi, nyatanya ia mendengar khabar
tentang wafatnya Habib Umar.
Disebutkan oleh Syeikh Abdullah bin Syeikh Ali bin Abdullah Baras,
katanya ketika Syeikh Ali telah wafat, maka Syeikh Muhammad bin Ahmad
Bamasymus mimpi bertemu dengan Syeikh Ali Baras dan ia bertanya
kepadanya: “Di manakah engkau bertemu dengan Habib Umar?” Jawab Syeikh
Ali Baras: “Aku sempat berjabatan tangan dengan Habib Umar di dekat
Arasy Tuhan”.
Disebutkan oleh seorang keluarga Bawazir, bahwa ia bermimpi di suatu
malam seolah-olah hari kiamat telah tiba. Pada saat itu seolah-olah
manusia sedang berkumpul di padang Mahsyar, jumlah mereka amat banyak.
Ketika mereka sedang berada di tengah-tengah padang Mahsyar, tiba-tiba
ada api di bawah Hadraumaut, sedangkan Malaikat menggiring manusia
dengan besi yang amat panjang. Ketika orang-orang itu melihat api dan
rantai yang panjang, maka mereka berlarian ke sebuah tempat di Wadi
Amed, maka aku lihat ada cahaya turun dari langit seperti awan putih
yang mengumpal. Ketika aku tanyakan: “Apa kejadian ini?” Maka dikatakan:
“Ini adalah cahaya Tuhan Yang Maha Mulia yang hendak menghakimi manusia
di padang Mahsyar. Di saat itu aku lihat Habib Umar berdiri di bawah
pancaran cahaya itu, sedangkan Malaikat Ridwan berada di sebelah kanan
beliau. Demikian pula Malaikat Malik hadir dengan wajah yang seram.
Kemudian aku lihat Habib Umar memohon syafaat kepada Allah bagi umat
Muhammad S.A.W: “Wahai Tuhan kami, mereka adalah umat Muhammad S.A.W,
mereka datang kepada Engkau dengan menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain
Allah dan menyaksikan bahawa Muhammad utusan Allah, mereka mendirikan
solat, membayar zakat, berpuasa Ramadhan, beribadah Haji, bersedekah,
menyambung tali kekerabatan, menegakkan Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar,
menjauhi perbuatan-perbuatan maksiat, karena takut kepada-Mu. Jika
Engkau seksa mereka, maka mereka adalah hamba-hamba-Mu, dan jika Engkau
mengampuni mereka, maka Engkau Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ucapan
Habib Umar itu dibantah oleh Malaikat Malik: “Wahai Tuhan kami, mereka
tidak seperti yang dikatakan oleh Habib Umar. Mereka meninggalkan solat,
tidak mau bayar zakat, tidak berpuasa dan tidak berhaji, dan mereka
selalu melanggar larangan-larangan-Mu. Habib Umar mengulangi
permohonannya sekali lagi dan Malaikat Malik pun mengulangi bantahannya
pula, sampai akhirnya Allah berfirman: “Demi kemuliaan-Ku, Aku terima
permohonan Habib Umar dan Aku berkenan mengampuni mereka”. Allah
berfirman: “Wahai Malaikat Ridwan, bukalah pintu Syurga dan ajaklah
mereka masuk ke dalamnya”. Maka Malaikat Ridwan bangkit dan bergembira
dan melaksanakan perintah Allah kepadanya. Sedangkan Malaikat Malik
terlihat amat geram. kata orang yang bermimpi itu: “Pada saat itu,
seolah-olah aku berdiri bersama mereka dengan memegangi baju Habib Umar
dan aku merasa amat takut sehingga aku berkata kepada Habib Umar: “Wahai
Habib Umar, bicaralah kepada Malaikat Ridwan agar aku dimasukkan Syurga
bersamanya”. Kata Habib Umar: “Pergilah engkau bersama mereka ke dalam
Syurga kerana permohonanku telah diterima oleh Allah bagi uma ini”.
Kataku: “Bicarakanlah dengan Malaikat Ridwan untuk membawa ke dalam
Syurga, sebab aku takut dengan dosa-dosaku yang amat banyak”. Kata Habib
Umar: “Wahai Malaikat Ridwan, bawalah orang ini ke dalam Syurga”. Jawab
Malaikat Ridwan: “Biarkan ia pergi bersama”. Ketika Malaikat Ridwan
memegangi tanganku dan mengajakku ke dalam Syurga, maka aku terbangun
karena terasa amat senang”.
Kata-kata mutiara dari Habib Umar al-Attas
Habib Umar pernah berkata: “Perhatikan kebiasaan baik yang engkau
inginkan, wafat dalam kebiasaan itu, karena itu tetaplah engkau dalam
kebiasaan seperti itu, dan perhatikanlah kebiasaan buruk yang tidak
engkau inginkan wafat dalam kebiasaan seperti itu, kerana itu jauhilah
kebiasaan itu”.
Habib Umar berkata: “Jika engkau melihat seorang selalu berkelakuan baik, maka yakinlah engka orang itu teguh agamanya”.
Habib Umar berkata: “Sumber-sumber ilmu tidak akan berkurang sedikitpun
dari generasi terkemudian, akan tetapi pada umumnya mereka datang dengan
membawa wadah yang bocor, sehingga tidak memperoleh ilmu kecuali
sedikit.”
Habib Umar berkata: “Sebagian orang yang datang dengan membawa benjana
yang dapat mencukupinya dalam waktu sebulan, ada yang mencukupinya hanya
8 hari, ada juga yang mencukupinya sehari, tetapi ada juga yang dapat
mencukupinya sepanjang hidupnya”.
Ketika beliau mendengar sabda Nabi S.A.W:
“Seseorang adakalanya beramal kebajikan-kebajikan sampai antara ia
dengan Syurga hanya tinggal sejengkal, tetapi dalam ketentuan Illahi, ia
ditetapkan sebagai penghuni Neraka, sehingga ia melakukan
perbuatan-perbuatan amal penghuni Neraka, sampai ia masuk ke dalam
Neraka. Seseorang adakalanya beramal kejahatan-kejahatan sampai antara
ia dengan Neraka hanya tinggal sejengkal, tetapi dalam ketetapan Illahi,
ia ditetapkan sebagai calon penghuni Syurga, sampai ia masuk ke dalam
Syurga”.
Komentar Habib Umar: “Seseorang yang selalu mengerjakan amal-amal ahli
Syurga, kebanyakkannya akan masuk ke dalam Syurga, sebab perbuatan
lahiriyah adalah lambang perbuatan batiniyah. Jika ia sampai masuk ke
dalam neraka, maka hal itu jarang sekali. Hal itu seperti seorang yang
jatuh dari tempat yang tidak terlalu tinggi, tentunya orang itu tidak
akan berbahaya. Demikian pula seorang yang melakukan amal-amal penduduk
neraka, kebanyakannya ia akan masuk ke dalam neraka. Tetapi kalau ia
masuk ke dalam Syurga, maka hal itu jarang terjadi sekali. Hal itu
seperti seorang yang jatuh dari puncak gunung, kebanyakannya akan mati”.
Habib Umar berkata: “Seorang yang melakukan amal kebajikan tetapi ia
suka makan yang diharamkan, maka ia seperti seorang yang mengambil air
dengan tempayan yang datar, alias tidak akan memperoleh pahala
sedikitpun”.
Habib Umar berkata: “Dulu di antara manusia, ada yang datang membawa
pelitanya lengkap dengan minyak dan koreknya yakni dengan persiapan yang
lengkap, sehingga gurunya dapat menyalakan. Tetapi kini, banyak di
antara yang datang kepada gurunya tetapi mereka tidak membawa apapun
gurunya dapat menyalakan”.
Habib Umar berkata: “Bersabar itu akibatnya adalah positif. Allah akan
selalu memberi akibat positif bagi seorang yang bersabar. Alhamdulillah
apa yang dikehendaki Allah pasti akan ditentukan, dan apa yang akan
dilaksanakan Allah, maka akan terlaksana”.
Habib Umar berkata pada sekelompok kaum petani: “Apakah kaum petani akan
tidur nyenyak di malam hari, bila di malam hari ada pembagian air untuk
sawah-sawah mereka yang dapat mengairi sawah-sawah mereka?” Jawab
mereka: “Tidak seorangpun akan tidur di antara kami.” Kata Habib Umar:
“Hendaknya orang-orang yang menghendaki keselamatan di akhirat
meninggalkan tidurnya, demi untuk mendapatkan siraman rahmat di tengah
malam hari”.
Ketika dibacakan bait puisi Syeikh Abdul Hadi Assudi:
“Siapa yang mencinta Suad, hendaknya selalu tidak tidur di malam hari”.
Habib Umar memberi komentarnya: “Siapa mencintai Huraidzah, maka ia
tidak tidur di malam hari, artinya siapa yang mencintai seorang, maka ia
harus mengikuti perjalanannya, sebab mengikuti perilaku seseorang
sebagai tanda cinta kepadanya”.
Habib Umar berkata: “Hendaknya kalian senantiasa menghadirkan hati
kalian kepada Allah dan hendaknya kalian senantiasa menghadirkan hati
kalian kepada Allah dan hendaknya kalian bertawakal kepada-Nya sepenuh
hati, sebab Allah mengetahui di manapun kalian berada.”
Habib Umar berkata: “Syaitan dapat menggoda manusia dari sisi manapun yang tak pernah ia perkirakan”.
Habib Umar berkata: “Buah kurma atau buah ketimun dari sumber yang halal lebih baik dari bubur daging dari sumber syubhat”.
Habib Umar berkata: “Janganlah terlalu perduli kepada dunia dan
penghuninya dan janganlah merasa iri pula dengan pakaian atau makanan
yang dimiliki oleh penghuninya”.
Pada suatu hari, ketika banyak orang yang mengucapkan kata belasungkawa
kepada Habib Umar atas wafatnya putranya beliau yang masih kecil, maka
beliau berkata dengan ungkapan yang dipenuhi rasa hairan: “Alangkah
entengnya musibah dalam agama menurut kalian, padahal kalian tidak
pernah menyatakan belasungkawa andaikata aku terlambat solat berjamaah
artinya terlambat solat berjamaah lebih pantas untuk disesali atas
kewafatan seseorang anak kecil”.
Ketika beliau mendengar kekaguman sebagian orang yang menyaksikan
kekeramatan seseorang wali, maka beliau berkata: “Sesungguhnya semua itu
hanyalah kemurahan Allah yang memberikan kepada seorang hamba”.
Ketika disebutkan kepada beliau: “Mengapa dialek bahasamu tidak berubah,
padahal engkau telah lama tinggal di bagian atas Hadramaut?” Jawab
Habib Umar: “Seorang yang merubah dialek bahasanya adalah seorang yang
kurang akalnya”.
Habib Umar berkata: “Desa Huraidzah adalah wilayah kehormatan kami,
adapun wilayah kehormatan Syeikh Abdul Qadir Djaelani ada di masa
sebelum kami, barangsiapa yang melakukan perbuatan yang lahiriyahnya
maka akan kami lakukan baginya perbuatan lahiriyah pula, demikian pula
barangsiapa yang melakukan perbuatan batiniyah, maka kamipun akan
melakukan hal serupa baginya”.
Ketika ada seorang berkata kepada Habib Umar: “Wahai Habib Umar, kelak
kami ingin dikubur bersebelahan dan berdekatan denganmu”. kata Habib
Umar: “Kami harap akan memberi syafaat bagi seluruh penduduk Huraidzah
atau penduduk dunia”.
Ketika ada sebagian orang berkata si fulan lebih baik dari si fulan,
maka Habib Umar berkata: “Yang dikatakan orang baik adalah seorang yang
telah melewati pintu Syurga sampai masuk ke dalamnya”.
Habib Umar berkata: “Aku beserta putra-putraku di mana saja mereka
berada”. Ditanyakan kepada beliau: “Wahai Habib Umar, bagaimana mungkin
engkau dan putra-putramu berada di tempat ini yang jauh dari kota-kota
yang besar dan yang terkenal dengan wali-wali seperti kota-kota Tarim?”
Jawab Habib Umar: “Harumnya suatu tempat tergantung keharuman
penduduknya, demikian pula kami akan mengharumi negeri kami sendiri”.
Habib Umar berkata: “Kezaliman kaum penguasa terhadap rakyatnya akan
menambah kebajikan bagi rakyat negeri itu, baik di dalam masalah dunia
maupun akhirat, yang sedemikian itu sama halnya dengan sebuah sumur,
makin banyak diambil airnya maka sumur itu makin banyak memancarkan air,
sebaliknya jika sumur itu tidak diambil airnya, maka tidak akan
bertambah airnya sedikitpun, mungkin arnya akan menjadi busuk, karena
air di dalamnya tidak pernah bergerak”.
Ketika ada seorang dermawan yang mengeluh kepada Habib Umar bahawa ia
tidak bisa mengerjakan solat di awal waktunya, dikarenakan ia tidak mau
menolak permintaan orang yang minta bantuan daripadanya meskipun telah
tiba waktu solat, maka Habib Umar berkata: “Wahai saudaraku, bila waktu
solat telah tiba, tinggalkan semua kegiatanmu sebab Allah lebih pantas
untuk diperhatikan daripada yang lain”.
Beliau menganjurkan setiap orang yang telah mengkhatamkan bacaan
al-Quran yang ditujukan bagi arwah-arwah orang-orang yang telah wafat,
hendaknya ia membaca Tahlil iaitu mengucapkan Laa Ilaaha Illallah
seberapa banyak yang ia kehendaki, kemudian dilanjutkan Subhaanallahi
Wabihamdi beberapa banyak yang ia kehendaki, kemudian dilanjutkan dengan
membaca Laa Ilaaha Illallah Muhammadur Rasulullah sebanyak 3 kali
dengan memanjangkan bacaannya, kemudian hendaknya ia mengucapkan solawat
sebanyak 3 kali iaitu Allahumma Solli ‘Alaa Habibika Sayyidina
Muhammadin Wa Alihi Wa Shohbihi Wasallim, kemudian hendaknya ia
mengucapkan Ya Rasulullah ‘Alaika Salam Ya Rasulullah Salamun Fi Salamin
‘Alaika sebanyak 3 kali, setelah itu hendaknya membaca al-Fatihah
sebanyak 1 kali, surat al-Ikhlas 11 kali, surat al-Falaq sebanyak 1
kali, surat an-Naas sebanyak 1 kali, ayat Kursi 1 kali, akhir surat
al-Baqarah 1 kali dan surat al-Qadar 1 kali dengan niat menghadiahkan
pahalanya kepada arwah yang dituju”.
Pernah Habib Umar menganjurkan muridnya membaca Istighfar dan Alhamdulillah sebanyak mungkin setelah seorang membaca Maulud.
Habib Umar menganjurkan untuk memperbanyak membaca Istighfar dan
Solawat, sebab keduanya adalah sebaik-baik zikir yang dapat menolong
kesulitan di masa kini.
Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad berkata: “Jika engkau mengucapkan
sebanyak 11 kali tiap kali kalimat-kalimat ini, berarti engkau telah
menjalankan apa yang pernah diajarkan oleh Habib Umar al-Attas:
Disebutkan ada seorang pengikut Habib Umar berkata beliau: “Aku lihat
orang-orang yang berada di majlis ini Wali semuanya”. Kata Habib Umar:
“Apa yang engkau katakan itu memang benar”. Ketika orang itu keluar dari
Majlis Habib Umar, maka beliau ditanya oleh seorang yang hadir dari
Majlis itu tentang maksud ucapan beliau kepada orang tersebut. Maka
Habib Umar berkata: “Sesungguhnya orang itu telah diangkat menjadi Wali
Allah, sehingga melihat orang lain menurut cerminnya, sebab seorang
mukmin menjadi cermin mukmin hainya”.
Kesaksian orang-orang mulia tentang kebesaran al-Habib Umar al-Attas
Disebutkan ketika Habib Umar al-Attas dan sekelompok orang datang ke
tempat Habib Husin bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, maka Habib Umar
berada di jajaran paling belakang di antara mereka dan pakaian beliau
pun agak lusuh dan buta kedua matanya. Ketika Habib Husin melihat pada
diri Habib Umar, maka beliau berkata kawan-kawan Habib Umar: “Mengapa
kalian lebih menonjolkan hal-hal yang nampak saja sampai kalian tidak
mau memuliakan orang ini pada tempat yang semestinya. Andaikata kamu
tahu kedudukan Habib Umar yang sebenarnya, pasti kalian akan tunduk
kepadanya dan pasti kalian akan lebih memuliakan kepada beliau”.
Ketika Habib Muhammad bin Alawi bin Abu Bakar bin Ahmad bin Syeikh
Abdurrahman as-Seggaf, seorang wali yang berdomisili di kota Makkah
menerima salam dari Habib Umar lewat Syeikh Salim bin Ali Ba’ubad, maka
ia menundukkan kepalanya sejenak, kemudian ia berkata: “Hendaknya setiap
orang yang berkepala rela menundukkan kepalanya demi menghormati Habib
Umar al-Attas dan demi menghormati kebesaran Allah, sesungguhnya aku
mendengar suara gemerincing dari langit, demi untuk menghormati Habib
Umar. Beliau juga mengatakan kini tidak seorangpun di kolong langit yang
lebih mulia dari Habib Umar al-Attas.
Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad pernah menyatakan di sebuah suratnya
yang ditunjukkan pada seorang muridnya bahawa di zaman itu tidak seorang
walipun yang setara dengan Habib Umar al-Attas.
Disebutkan oleh salah seorang murid Habib Abdullah al-Haddad, bahawa
ketika aku berada di majlis Habib Abdullah al-Haddad, maka tergerak
hatiku untuk menanyakan kepada beliau tentang sifat Habib Umar al-Attas.
Maka secara spontan Habib Abdullah al-Haddad berkata: “Seorang yang
mengenali Habib Umar al-Attas, maka ia akan dapati sifat Habib Umar
al-Attas mirip dengan Sayyidina Abdurrahman as-Seggaf”.
Kata al-Habib Abdullah al-Haddad: “Habib Umar al-Attas adalah ibarat
hati dan kebenaran yang dimiliki oleh seseorang dan orang itu tidak
memiliki nafsu apapun.”
Ketika Habib Abdullah al-Haddad ditanya seseorang, apakah Habib Umar
al-Attas meninggalkan karya tulis atau bait-bait puisi?” Jawab Habib
Abdullah: “Yang ditinggalkan oleh Habib Umar adalah orang-orang seperti
aku, Syeikh Ali Baras dan Syeikh Muhammad Bamasymus”.
Ketika orang menyebut-nyebut sifat Habib Umar al-Attas di hadapan Habib
Abdullah al-Haddad, maka beliau berkata: “Itu orang (al-Habib Umar) yang
pepohonnya ditanam atas dasar tawadhu dan lemah-lembut, sehingga
tangkai-tangkainya seperti itu juga”.
Selanjutnya Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi menyebutkan berbagai sifat yang dimiliki oleh Habib Umar al-Attas sebagai berikut:
Habib Umar al-Attas, sejak di usia kecil, beliau sudah gemar beribadah, zuhud dan menjaga dirinya baik-baik dari sifat buruk.
Beliau sentiasa menghormati para Wali Allah, pengayom kaum Muslim, wanita-wanita janda dan anak-anak yatim.
Habib Umar selalu menghibur mereka dengan berita-berita baik, sehingga
mereka amat meyakini dan mencintai Habib Umar sepenuh hati.
Di kalangan umum dan khusus, Habib Umar dikenal sebagai orang yang penuh kasih sayang.
Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad berkata: “Al-Habib Husin bin Syeikh
Abu Bakar sangat sangat bangga dikarenakan Habib Umar menuntut ilmu dari
beliau”.
Habib Ali al-Attas berkata: “Habib Umar al-Attas sangat bangga dikarenakan Habib Abdullah al-Haddad menuntut ilmu dari beliau”.
Habib Muhammad bin Abdurrahman Madihij selalu menganjurkan
murid-muridnya untuk pergi ke kota Huraidzah bila mereka memohon ijazah
ilmu dari beliau sebab ketika itu Habib Umar al-Attas masih hidup.
Menurut beliau Habib Umar adalah tokoh semua keluarga Ba’alawi.
Murid-murid yang pernah belajar dari Habib Umar al-Attas
Di antara murid-murid yang pernah belajar dari Habib Umar adalah:
Putra-putra beliau, di antaranya adalah Habib Husin, Habib Salim, Habib
Abdurahman, saudara-saudara beliau Habib Aqil, Habib Abdullah al-Haddad,
Habib Isa bin Muhammad al-Habsyi, Habib Ahmad bin Hasyim al-Habsyi,
Habib Abdullah bin Ahmad Balfaqih, Habib Muhammad bin Abdurrahman
Madihij, Sayis Ali bin Umar bin Husein bin Ali bin Syeikh Abu Bakar,
Syeikh Ali Baras, Syeikh Muhammad Bamasymus, Syeikh Muhammad bin Umar
Alamudi yang dikenal dengan jolokan Ghozali di Budzah, Syeikh Abdullah
bin Usman Alamudi, Syeikh Abdullah bin Ahmad Ba’afif Alamudi, Syeikh
Aqil bin Amir bin Daghmusy, Syeikh Sahal bin Syeikh Ahmad bin Sahal
Ishaq, Syeikh Abdul Kabir bin Abdurrahman Baqis, Syeikh Muhammad bin
Abdul Kabir Baqis, Syeikh Alfaqih Ahmad bin Abdullah bin Syeikh Umar
Syarahil Syeikh Umar bin Salim Badzib, Syeikh bin Salim Baubad, Habib
Husein bin Syeikh Ali bin muhammad al-Aidrus, Habib Ahmad bin Umar
al-Hinduan, Habib Zein bin Imron Ba’alawi, Syeikh Abbas bin Abdillah
Bahafash, Syeikh Umar bin Ahmad al-Hilabi, Abu Said, Habib Abdullah bin
Muhammad bin Basurah, Syeikh Muzahim bin Ali Bajabir, Syeikh Ali bin
Sholeh, Qouzan Zahir, Al-Faqih Abdurrahim Bakatir, Syeikh Salim bin
Abdurrahman Junaid Bawazir, Syeikh Abu Bakar bin Abdurrahman bin Abdul
Ma’bud Wazir, Muhammad bin Umar Bawazir, Syeikh Abdullah bin Sad Bamika
Syibami, Syeikh Ahmad bin Muhammad Bajamal, Syeikh Ali bin Toha
as-Seggaf, Syeikh Umar bin Ali az-Zubaidi Al-Faqih Abdullah bin Umar
Ba’ubad, Syeikh Ali bin Ahmad bin Wurud Bawazir, Habib Aqil bin Syeikh
as-Seggaf, Habib Syeikh bin Abdurrahman al-Habsyi, Syeikh Ali bin
Haulan, Syeikh Ali bin Kosim al-Udzri, Syeikh Mahmud Jummal an-Najar
yang pernah bertemu dengan Hidzir tetapi tidak meminta do’a karena
merasa cukup dengan do’a gurunya iaitu Habib Umar.
Habib Umar bin Abdurrahman Albar pernah berkata kepada Habib Ali bin
Hasan al-Attas: “Wahai Ali, sesungguhnya seluruh penduduk Hadhramaut
pernah berhubungan dengan kakekmu al-Habib Umar bin Abdurrahman
al-Attas. Di antara mereka ada yang berhubungan dengan beliau dari satu
jalur, ada yang berhubungan dengan beliau dari dua jalur, bahkan ada
yang berhubungan dengan beliau dari tiga jalur”.
Dipetik dari:
+ Biografi al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas, oleh Thohir bin Abdullah al-Kaf, terbitan Daar al-Muhajir
+ Ringkasan Sejarah al-Habib Umar ibn Abdurrahman al-Attas: dalam
rangka peringatan Haul yang ke-347 al-Imam al-Arif Billah al-Qutb
Rabbani Tahyyibul Anfas al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas
+ Kelebihan Ratib: Huraian Ratib al-Habib Umar bin Abdul Rahman
al-Attas, oleh Syed Hassan bin Muhammad al-Attas, Masjid Ba’alwi
Singapura, terbitan Hamid Offset Service